Showing posts with label TMNet Streamyx. Show all posts
Showing posts with label TMNet Streamyx. Show all posts

Streamyx yang aneh

Monday, April 27 0 comments

kat rumah, streamyx aku buat hal sejak 4 april yang lalu, dan aku menumpang maxis broadband isteri terchenta aja..

dan hari ini, internet aku dah ok semula selepas hampir sebulan mematikan diri sendiri. kasi duit free jer kat TM tuh.


dah kelip-kelip semula dah modem tu..

p/s: aku memang malas nak telefon kastemer servis tmnet ni, buat sakit hati aja. Read the full story

4 hari; Streamyx masih down!

Wednesday, April 8 2 comments



Sejak dari ahad aritu lepas ujan lebat, internet kat rumah aku terus mematikan diri sendiri! hampeh tul. Aku malas nak call 1800 tu sebab jawapan dia aku dah tau dah.. mesti dia akan tanya pasal splitter, lampu kelip-kelip dan sebagainya. letih. nak tunggu orang menjawab tu pun dah boleh bikin tensen. baik tak payah telefon. kali ni dah kali ke-3 kot internet macam ni tapi biasa akan pulih sendiri lepas 1-2 hari.

so tadi, aku test lagi dan still tak dapat. so aku try sambung kat telefon.. sekali line tak der "tone" daaa.. ini mesti line tu masuk air sebab hujan lebat kot! kali ni nak kena wat report la kat tmpoint.

p/s: update ni guna maxis broadband milik isteri terchenta Read the full story

Streamyx: Dah jalan

Wednesday, November 12 3 comments

Semalam, aku mengaktivate kan akaun streamyx selepas 3-4 hari dari tarikh pendaftaran. Lepas jer aktifkan akaun guna sms, maka tiba lah masanya untuk aku men-connect-kan laptop ke internet.

Tapi malangnya, tak berjaya. CD-Self install yang tmnet kasi tu asyik komplen network tak connect ke modem, atau pun modem tak power-on. hampes nyer cd. tido lagi baik.

then baru tadi aku sekali lagi try nak connect ke intenet tapi still tak dapat. maka harus lah aku telefon tmnet untuk bertanya khabar.

dan aku pun try reset sekali lagi untuk try connect, dan .. akhirnya dah ada internet streamyx ni.


modem yang hidup. tapi still kena dail untuk connect. hm.. camner nak power-on jer terus connect. nanti aku godek2 lak modem nih.


stay connected.

P/s: harus la bill internet bulan ini melambung tinggi sebab bil bulan pertama datang ke rumah. Read the full story

, ,

Celcom Broadband: You're terminated!

Saturday, November 8 3 comments



Setelah 1 tahun 8 bulan aku menggunakan Celcom 3G Brodband kat rumah, maka sekarang dengan rasminya aku telah men terminate celcom broadband tu.

Sebab utama terminate:

  1. Network coverage tak stabil. 5 minit connected, then 5 minit kemudian disconnect! Dah penat bersabar dan membayar bil setiap bulan.
  2. Tak der modem 3G sebab time aku register, modem kena beli asing dalam RM600 lebih. Tapi aku tak beli pun sebab guna henpon aja.
  3. Baru subscribe Streamyx sebab line telefon baru masuk rumah selepas 1 tahun lebih duduk kat sini.
  4. Carneyz ada Maxis Broadband. Dah jadi primary connection pulak dah.
Namun begitu, mereka tetap cuba untuk retain sebab tu la mereka beri tempoh 3 bulan. Andai kata dalam tempoh 3 bulan tu aku termimpi nak guna celcom lagi, maka aku tak perlu untuk bayar one-time cost macam setem, deposit dan sebagainya lah. Hmm.. asalkan bil tak jalan, so ok lah.

P/s: tengah guna Maxis broadband sekarang ni. so far, tak la seteruk celcom broadband kat area aku nih.

P/p/s: line telefon prepaid aku still celcom gak. Read the full story

, ,

Streamyx: In a Box

Wednesday, November 5 2 comments

Cerita ini adalah susulan dari tahap tensen aku dengan kerenah bill adjustment tmnet yang lepas. klik sini kalo nak baca lah.

So, petang tadi aku pegi apply streamyx untuk rumah aku yang baru 2 bulan masuk line telefon rumah setelah hampir 2 tahun duduk kat sini. akhirnya..


Streamyx in-a-box

Aku apply streamyx ni sebab celcom kat area rumah aku memang selalu pening-pening. kejap connect.. kejap disconnect.. kejap tak boleh connect lansung!

Sekarang ni aku ada Celcom Broadband. Carneyz lak ader Maxis Broadband. Selalu aku pakai Maxis nyer la. Hujung minggu ni nak terminate terus Celcom Broadband selepas lebih setahun guna. 3 kali tukar pakej.

Ok, balik ke cerita streamyx. Lepas dah apply dan dah dapat modem tadi, still kena tunggu 3 hari bekerja. Then lepas tu baru boleh start nak pasang dan install semua tu lah. hm.. tengah dok tunggu la nih.

P/s: Bill adjusment aku still tak setel lagi kat tmnet sebab diaorang kata aku tak notify pulak. Hampes tul. Memang sah la sistem TMPoint tu tak berapa relevan sebab dia tak notify tmnet. Kena la pulak nak merayu semula. isk.. isk.. tmnet zaman sekarang nih..! Read the full story

Streamyx - Part 3

Friday, August 1 0 comments

Ingat lagi cerita streamyx aku yang lepas? boleh baca episod 1, episod 2.

2 hari lepas, sekali lagi aku dapat call dari lawyer yang represent TM untuk kutip segala hutang-piutang diaorang nyer kastemer. Then aku macam biasa lah kasi cerita yang aku dah ceritakan. Kali ni lelaki pulak. Compare dengan perempuan yang telefon & marah2 aritu, this one ok la sikit. Then aku still sampai Jumaat depan untuk kasi salinan report yang aku dah buat kat TM Point.

So, kali ni aku dah dapat kan salinan report tu. Tapi satu jer yang aku tak paham dengan mereka-mereka ni. Diaorang kata diaorang represent TM, tapi diaorang tak boleh nak akses sistem untuk dapatkan kepastian tentang situasi yang dah berlaku? kenaper eh? semua macam stand alone jer. TM kan dah semua computerize, semua maklumat, komplen, dan report ada dalam sistem. Why dont akses jer online? pelik.. pelik..

Nota 18Sen:
Mentang2 lah diaorang jer yang kontrol perkhidmatan tu, bley wat main2 jer.. Read the full story

TMNet Streamyx - Part 2

Monday, July 21 8 comments

Ingat lagi cerita panjang lebar pasal billing yang still jalan walaupun dah terminate? Bley baca kat sini.

Hari ini aku sekali lagi pegi ke TM Point, Menara TM Jalan Pantai Baharu sebab pagi tu aku ada meeting. Aku pegi sebab nak check, apsal la lama sangat tak pasang-pasang lagik Streamyx aku nih.

Bila aku dah kat kaunter tu, so tanya macam biasa lah, nak check status.

Then orang kat kaunter tu klik-klik, tekan-tekan keyboard.. Menunggu la kejap 5 minit.

So dia beritau yang aku nyer akaun streamyx dah potong. Ekceli tak der term "Transfer" katanya. Biasanya kalau nak pindah, kena terminate kat tempat lama & apply semula untuk tempat baru. erk!

Then aku cerita lagi pasal aku nyer bill adjusment yang dibuat bulan lepas.. then dia kata:

"Ooh.. Bill adjustment tu akan efektif dalam masa 2 bulan. Lepas Bill tu adjust, then baru boleh apply baru"

Aiyak.. maksudnya aku kena tunggu sampai bulan 8 untuk nak apply semula Streamyx kat rumah aku sekarang nih.. huhu.. manyak susah ooo..!

Malas dah. Balik jer la.. huhu..

Nota 18sen:
Kena terus guna Celcom 3G ini lagi.. huhu.. Read the full story

TMNet.. Ngerinya..

Thursday, June 19 5 comments

Dengan tak semena-mena, mendapat panggilan telefon yang sungguh misteri

"Hello, May I speak to Mr Junaidi please.."

"Hello, Junaidi here.."

"Yes, Mr Junaidi.. I would like to ask you when you going to pay RM369?"

"RM369? What is that for?"

"It's your bill sir"

"My bill? What kind of bill?"

"I'm sorry sir. You need to ask that to TM. I'm just calling from Legal Department to make sure you pay such amount before 25th or else we will take legal action againt you."

"Ok then, I will ask TM."


2 Hari selepas kejadian. Terus bergegas ke TM Point.

"Ya encik, boleh saya bantu?" Tanya pegawai di kaunter.

"Saya nak check berkenaan bill yang saya disuruh bayar RM369"

"Apa nombor rumah telefon encik?"

"Tak ingat sebab saya dah transfer line telefon rumah 2 tahun yang lepas dan sampai sekarang tak dapat-dapat lagi"


Mendengar jawapan itu, pegawai tersebut diam sebentar dan..

"Nombor IC encik?"

"XXX..XXX..XX"

"Encik Junaidi?" tanya pegawai tersebut lagi

"Ya betul" jawabku ringkas.

"Encik ada bawak bill ke yang menyatakan di suruh bayar tersebut?"

"Selepas saya transfer line telefon ke alamat rumah baru, tak pernah dapat bill kecuali bil telefon sahaja. Tapi bil tersebut hanya RM2 sahaja."

"Ok, kalau macam tu, encik pergi ke kaunter khidmat pelanggan" sambil pegawai tersebut menghulurkan no giliran.

Sambil menunggu no giliran 4605 terus ke pc untuk layan internet sebentar, sekarang baru 4601.

"4605 Kaunter 1"

Aku terus berhenti, dan menuju ke kaunter 1 selepas menunggu selama 20minit.

"Boleh saya bantu masalah encik?" Kata jurukaunter.

"Saya dapat panggilan dari pegawai TM menyruh saya membeyar RM369 sebelum 25 hari bulan. Jadi saya hendak tahu, sebab apa saya perlu membayar jumlah tersebut"

"No telefon rumah?"

"Tak ingat" jawabku ringkas.

"No IC" tanya juru kaunter lagi

"XXX..XX..XXX"

"Encik Junaidi?" katanya lagi

"Ya"

"Sebentar.." ujarnya pendek sambil tangan dia menekan-nekan keyboard.

5 Minit kemudian.

"Akaun encik tertunggak RM400 di alamat Keramat.." kata jurukaunter

"Keramat? Kalau di Keramat, semua bill tersebut sudah clear. Kalau tak clear lagi macam mana saya boleh masuk line telefon rumah semula di Ukay Perdana?" jawabku panjang

"Sekejap.. biar saya periksa rekod pembayaran encik" ujarnya selepas terdiam sebentar tapi dia pun meneruskan menekan-nekan lagi keyboard tersebut.

"Ok.."

5 Minit kemudian.

"Oooh.. encik tertunggak bil Streamyx" ujarnya dengan nada sinis

"Mana boleh saya di caj atas servis yang saya tidak guna 2 tahun lepas. Baik awak periksa semula, sejak bila caj tersebut dikenakan sebab saya dah transfer kedua-dua line telefon & Streamyx serentak pada hari yang sama 2 tahun lepas" jawab aku dengan nada tak puas hati

"Tapi encik, bill streamyx memang akan terus di caj walaupun encik tak guna. Encik kena terinate streamyx dulu jika line telefon tak dapat lagi." ujarnya lagi sambil menunjuk semua bil-bil streamyx yang dia cetak untuk meneyakinkan aku yang aku bersalah tak terminate dulu servis streamyx tersebut.

"Baik awak periksa semula sebab saya dah transfer kedua-dua line telefon dan servis streamyx serentak. Dan sekarang line telefon rumah masih tak dapat lagi sampai la sekarang. Dah masuk 2 tahun. Saya tak nak bayar bil ni sebab saya tak guna streamyx."

"Bil ni dari Nov 2006, Dis 2006, Jan 2007, Feb 2007.. sampai Ogos 2007. Kebiasaan nya kita akan terminate akaun streamyx jika customer tak bayar bil streamyx selama setahun" kata jurukaunter lagi

"Tak boleh macam tu.. streamyx saya dah transfer 2 tahun lepas dan bill masih dikeluarkan." kataku lagi dengan nada agak geram

Juru kaunter tersebut terus menekan-nekan keyboard lagi. dan kemudian dia berkata

"Oooh.. Nov 2006 sudahterminate streamyx" ujarnya nada perlahan macam dengar tak dengar.

Juru kaunter tersebut pun pergi ke mesin pencetak, dan kemudian membawa kesemua bil-bil tersebut masuk ke bilik.

"Masuk bilik tanya pengurus agaknya.." kata aku dalam hati.

Selang beberapa minit kemudian jurukaunter tersebut muncul dan berkata

"Encik jangan risau, kita akan buat bill adjustment" kata jurukaunter tersebut sambil menghulurkan satu borang aduan untuk di isi.

"Fuh.. leganya.." kata aku dalam hati sambil mengisi borang aduan tersebut.

Selesai aku mengisi borang tersebut, juru kaunter tersebut memberi satu salinan tersebut pada aku untuk rekod. Aku pun keluar dari TM Point dengan rasa lega.

Satu perkara yang aku sering tak puas hari setiap kali berurusan dengan pihak mereka ini, mereka ini macam sering menyalahkan customer walaupun belum habis periksa situasi sebenar.

p/s: amacam Kak Norz, dah boleh wat novel ni kan? muahehehehe.. Read the full story