Showing posts with label BIla Programmer Melukis. Show all posts
Showing posts with label BIla Programmer Melukis. Show all posts

meja stall nasi lemak

Saturday, March 7 1 comments

ok, pagi-pagi biasa sarapan yang paling senang nak dapat ialah dari stall nasi lemak makcik-makcik kat tepi jalan. open table, then jual saja. so orang pun datang beli.

aku pun terasa nak lukis jer stall nasi lemak makcik tu, tapi lain yang di lukis, lain pulak yang jadi. tengok jer la sendiri hasilnya.

stall nasi lemak

ini lah jadinya kalau programmer gatal-gatal tangan nak melukis. tapi bila aku melukis benda-benda pelik macam ni, kadang-kadang hasil adalah sungguh diluar jangkaan! *haha Read the full story

Sponge Bob - si benda kuning!

Thursday, February 26 2 comments

Ini adalah cerita malam tadi..

Selepas melihat aku melukis kartun seekor lipas dalam entry yang lepas , isteri terchenta macam tak puas ati sket.. hehe.. . Maka cabaran bermula bila dia nak tengok aku lukis si span kaler kuning.. sponge bob.


ada rupa sponge bob tak? hehe

P/s: cuma dia tak kaler kuning aja.. Read the full story

Bila Programmer Melukis

Tuesday, February 24 4 comments

Apa programmer buat sekira dia dengan tiba-tiba teringin nak melukis?

Walaupun aku memang dah lama giler tak melukis, tapi sejak dua tiga menjak ini, otak aku selalu flashing-flashing berkenaan dengan idea-idea baru yang boleh aku jadikan program terbaru. Namun, apabila aku buka program-program yang berkenaan untuk develop idea tersebut, dengan tiba-tiba otak jadi blank untuk jadikan idea tersebut menjadi realiti. Sungguh la aku dalam dilema akan kejadian tersebut.

semangat nak melukis, siap beli pensil 2B lagi

Cuma persoalan nya sekarang, apa yang programmer selalu lukis sekianya ada idea terbaru? Apa kata anda buat penilaian sendiri. hehe.

flow diagram jer

mesti korang tengah gelak golek-golek tengok lukisan seorang programmer.. tak yah la korang nak expect lukisan pokok ke, ikan ke, kucen ke.. atau pun seekor lipas! hehe

tapi, kalau korang nak tengok jugak programmer hasil lukisan yang semacam itu, korang mesti akan terus gelak tergolek-golek dari pintu depan rumah ke pintu dapur!

cubaan melukis seekor lipas (gambar asal kat sini )

kan aku dah cakap.. bebaik gelak golek-golek tu. jatuh tangga karang! hehe Read the full story