Showing posts with label Makan-Makan. Show all posts
Showing posts with label Makan-Makan. Show all posts
, ,

Kenduri Acai, Banting

Sunday, April 19 1 comments

Hari ni sempat lah jugak aku & isteri terchenta pergi ke kenduri Acai di Banting. Acai ni kira warga Msjbox gak dulu. Memula kenduri tu kat rumah dia, tapi di tukar tempat di taman murni. Jauh sikit dari rumah dia. Rumah acai banjir..


Ni kat depan rumah sewa Acai lah kiranya.


Jumpa dengan Haris (betui ke? luper aar.. hehe) . Kekawan Msjbox jugak. lupa dah url blog dia nih.. hehe


macam biasa, kalau time kita sampai mesti orang dok sebuk dah kemas-kemas meja semua. time kenduri Aida dulu pun samer gak. hehe.


bergambar dengan pengantin sebelum balik.

Selamat pengantin baru untuk Acai. Semoga berbahagia selamanya. Read the full story

ice blended

Thursday, February 12 2 comments

dalam perjalanan pulang tadi, singgah kejap kat pasar malam kat sini. konon nak beli ice blended. then order la satu ice blended:

"mochacino satu"
then brader yang jual tu, pegi start enjin. 2-3 kali start tak hidup-hidup gak. start lagi, mati lagi. then dia pun jadi mekanik jap.


isk.. enjin ni mati lak.


erk.. plug kotor kot. cuci sikit..


wokeh.. enjin dah idup. masa untuk buat ice blended.


campur ais. campur moccacino..


dah pun siap satu.

p/s: 5 minit gak dia start enjin tu. kalau tak. tak bley la nak blend ice tu jadi ice blended. hehe Read the full story

,

dah abis jadi student

Thursday, February 5 0 comments

hari ini dah setel sudah kursus 3 hari untuk aku jadi student semula kat tempat training center ni. memang aku ulangkaji jugak la malam tadi untuk ujian, tapi ujian telah di postpone ke hari isnin sebab id untuk login ke sistem tak boleh pakai. maka.. tak mengapa lah. 

hari pertama training tak ada makan pun time rehat. then semalam ader la jugak makan. dan diaorang hidangkan hotdog!


hotdog bungkus.

ini cerita semalam jugak. nak mencari tempat makan yang murah macam warung kat centerpoint damansara ni memang tak kan jumpa punya. yang ada restoran.


the straits cafe


dah nama pun restoran, so harga makanan memang mahal lah. mee goreng mamak pun RM8.90! kalau korang pegi makan kat mamak, tu dah boleh dapat 2 pinggan.

penat belek menu, then aku tak terasa nak makan nasi. then aku pun ternampak mee kari, haruslah aku order itu mee kari.

mee kari.

kalau ikutkan rating lidah aku, boleh tahan la jugak. cuma aku terasa macam ada kekurangan sesuatu. tapi aku tak pasti. apa eh? tak mengapalah.. habis jugak! hehe

so total, mee kari dengan soya cincau dalam RM13. kalau makan kat warung, boleh makan 3 round. pagi-petang-malam. kalau lah site aku kat area centerpoint tu, haruslah aku bawak bekalan setiap hari!

tapi ada satu perkara yang aku rasa macam impresif sikit.. kat area basement parking dia. ada satu bahagian, parking dia double decker!


parking 2 tingkat. bawah tu nak keluar/masuk kereta, kena jack-up la tempat parking tu. impresif gak! tapi kalo lif tu rosak, jalan kaki la pegi keja hari tuh! hehe

Read the full story

dinner de templer

Saturday, January 24 1 comments

beberapa hari sebelum isteri terchenta terbang ke kuantan, aku ajak dia dinner kat sini sebab aku tak penah try restoran chinese muslim de templer tmn melawati. sebelah restoran satay kajang melawati jer.


suasana restoran de templer


nasi hidang. siap ngan betik jeruk. chinese tea.


kitaorang order udang cheeze, sweet sour chiken, asparagus belacan.

udang & asparagus memang marveles. cuma sweet sour chicken tu terlebih manis dan sour sikit aja. tapi oleh sebab dah order, kasi ngap saja.


satu sudut, ada pokok sakura.

lepas makan, bill kitaorang dalam RM50-Rm60. (lupa lak harga sebenar). tapi, dari sudut penilaian lidah aku, boleh pulak datang lagi kat sini untuk try resepi lain pulak. hehe Read the full story

,

terjah!

Tuesday, January 20 1 comments

malam tadi, entah macam mana dengan tiba-tiba jer boleh pergi join menerjah rumah chemat & ct. ini semua kasawari punya angkara. hehe

ambil angin sepoi2. tapi angin yang ditunggu, tak sampai la pulek.

aksi-aksi yang mendebarkan!

terima kasih kepada tuan rumah chemat & ct sebab layanz jer orang menerjah rumah di malam hari. lagi cerita boleh baca kat blog retna. 

p/s: psst.. seb baik aku tak datang lambat.. kul 12 ker. gambar penuh kat sini. (kamera retna)
Read the full story

,

hikmat periuk berapi

Saturday, November 22 2 comments

setelah mencuba inovasi masakan terbaru semalam, aku meneruskan lagi usaha untuk menjadi tukang masak terhebat untuk makan.

dan aku telah mengembara ke satu lorong gelap untuk berguru dengan tok guru "hikmat periuk berapi".


tok guru tengah beraksi. periuk penuh dengan api.


hasil dari "hikmat periuk berapi"

p/s: biasanya ada 2 tok guru tapi mungkin lagi sorang cuti sekolah agaknya. Read the full story

Makan Secret

Monday, November 17 1 comments

Ahad lepas isteri terchenta belanja aku makan di kedai secret recipe kat giant batu caves. hm.. harus la makan dengan bersunguh.


kek cokelat. tak tau nama. ngap sajalah.


mee kari. sedap gak. pedas sikit. tapi diaorang kasi sambal belacan gak untuk kasi lagi peda. erm.. tak per lah. hehe


peace! tima kaceh kepada isteri terchenta.

P/s: gambar bersama tidak di publish atas sebab yang tidak berapa baik untuk kesihatan. hehe Read the full story

,

Terubok Masin Sarawak

Saturday, November 15 6 comments

Bagi sesetengah orang yang pernak pergi jalan-jalan di sarawak atau ada kawan-kawan yang berasal dari sarawak, sememangnya pernah mendengar atau membeli ikan terubok.

Ikan terubok masin ni sememang nya masin. Sesuai untuk digoreng begitu saja. Tapi anda kena buang sisik ikan tu dulu.


buang sisik selagi boleh.


hiris isi ikan. ikan terubok ni banyak tulang yang halus. kalau hiris macam tu, kita tak perlu buang tulang-tulang tu semua, kita telan jer sebab dah dipotong.


goreng dalam kuali


dah pun siap. sesuai untuk sarapan pagi.

p/s: ader seekor lagi. saper nak? sapa cepat dia dapat. Read the full story

Satay

Sunday, November 9 1 comments

dan, dalam masa aku tengah tunggu isteri terchenta untuk turun dari bangunan yang sungguh tinggi di dunia itu minggu lepas, dengan tak semena-mena aku terasa nak makan satay la pulek.



P/s: hancus program diet orang itu.. hehe Read the full story