What am I doing now?

Dah pindah

[ Monday, November 9 | 0 impression ]
Ok, aku baru perasan..

Sila lah lawat blog aku yang baru di http://junaidix.com :)

FarmVille, original punya!

[ Saturday, October 10 | 2 impression ]

Iyer, aku memang sudah masuk tahap mabuk gaban gak ngan games farmville ni kat facebook. Cuma time raya ni saja aku tak bercucuk tanam membanting tulang kat kebun, nasib baik mouse tak pecah! *hahaha

Tahun 2009, giliran beraya kat Igan, Sarawak, belah kampung isteri terchenta. Beraya macam biasa seperti 2 tahun yang lepas. Then, lepas landing kat kampung aku, cuba korang teka apa aku buat?


Harvesting! *hahaha.. Sungguh addicted itu Farmville.


Pokok kacang panjang.. *tunggu nak harvest ni.. kalau lambat, nanti dia expired! rugi.. rugi..


Ok, jom kita harvest!

Selain dari kacang panjang, kat farmville aku kebun bapak aku kat kampung, ader jugak tanaman ini..


*Ini adalah pokok labu. Tapi masih di peringkat planting kecil lagi. *hehe


Ini pokok nanas yer kawan-kawan. kalau kat dalam FarmVille, mahal ini pokok, kalau sekali harvest boleh dapat 242 coins!

Dan last sekali, kalau kat farmville ada "barn" kat farmville aku kebun ayah aku pun ader gak..


siap dengan baja dalam guni, tempat asah parang, air.. korang cakap jer tools yang korang nak pakai! *hehe

so, amacam? best tak farmville original nih?

Hari Melawat Melaka

[ Thursday, October 8 | 1 impression ]
Ini merupakan kali ke-2 emak & ayah datang ke KL. Kali pertama, sajer berjalan-jalan kat KL. Kali ni pulak sebab adik aku yang sorang lagi tu nak konvo. Acara konvo adalah di hari Sabtu ini, sesi petang. Hari ini, aktiviti ambil jubah, then terus shoot ke Melaka. Dulu time emak datang KL, tak sempat nak bawak jalan-jalan di Melaka. Maka, kali ini, haruslah meneruskan acara yang suci murni ini *hehe


Acara dimulakan dengan melawat kampus tempat Jemi belajar. Micet. Dapat bergambar kat depat pintu gate pun dah kira ok. First time gak mak & bapak datang kat sini.


Haruslah stop untuk makan. *lapar nih..


Ini merupakan kawasan wajib untuk dilawati. Ni merupakan kali ke-2 aku masuk sini.


Terus saja melangkah masuk.


Harus la jugak bergambar dengan si captain jack sparrow!


Kat atas dek kapal. *sungguh moden pirates ini..


A Famosa, juga merupakan kawasan-kawasan wajib lawat kalau menjenguk Melaka ini.


Dataran pahlawan, dari atas bukit Famosa.


Orang yang baju itam tu, 3 tahun kat Melaka, ini adalah first time kat sini! *hehe


Ok, ini adalah tempat yang aku nak pegi. Dulu time aku pegi Melaka, tutup aja memanjang. Arini, dapat la sudah aku melangkah masuk kat Istana Melaka ini.


Balirong seri. Memang dah macam dalam pilem PGL.


Ini pulak adalah kawasan tempat sultan golek-golek beradu di waktu malam atau siang.


Memang luas jugak dalam istana ni. Ada 2 tingkat. Then ada satu lorong gelap kat tepi istana yang memaparkan segala jenis pakaian tradisional.


Aksi latar, aku pun tak berapa pasti. sultan tengah marah agaknya.


Ok, gambar penghabisan sebelum bertolak balik ke KL.

Full Album:

Balik Kampung

[ Wednesday, October 7 | 0 impression ]

Tahun ni, aku beraya belah isteri terchenta dulu, dari KL ==> Bintulu ==> Mukah ==> Kuching ==> Bintulu ==> KL. Jauh tak? Buat satu pusingan U-Turn tu.

Aku start cuti memang betul-betul hari Sabtu (sehari sebelum raya) then pagi-pagi buta telah ke LCCT. Macam biasa, bila time raya, kitaorang tumpang kereta kat rumah Acai. Terima kasih banyak-banyak yer Acai. :)


Ni semua ahli keluarga sebelah Igan, Mukah. Cuba korang tengok, ader tak muka-muka yang korang kenal sesat kat dalam gambar tuh? hehe


Tengok ni, ader orang tolong menghias rumah di malam raya!


Menziarahi kubur, memang aktiviti penting.


Macam zaman dulu-dulu, bergambar kat tepi tingkap


dengan tak semena-mena, di suatu pagi yang hening, ader orang jerit nak tengok burung kenyalang? erk! apakah itu betul? *hehe


ahems.. posing di pagi raya.


nasib baik aku dah besar, tak la kena main bunga api *hehe

satu perkara yang unik setiap kali raya di Igan, ialah acara "berlanggar meja". Oops, bukan angkat meja dan langgar kasi pecah! makan-makan ajer lah.


Aku rasa kali ni macam ok sikit sebab ader khemah, then pekena ikan bakar! fuyoo..


Ini ayah mertua.. *hehe


since acara berlanggar meja ni adalah acara besar-besaran, ada 3-4 buah kampung terlibat. senang cerita, sebuah kampung buat open house, 3 buah kampung lagi jadi tetamu. then esok nya, tukar pulak, kampung yang satu lagi jdi host, dan 3 lagi jadi tetamu. macam tu lah 4 buah kampung ikut pusingan. meriah kan? *kat kl mana ader!

last sekali,


aktiviti "harvest" di farmville kat belakang kampung aku! sungguh addicted itu games! *muahehehe

Sumbangan Untuk Anak-Anak Yatim

[ Sunday, October 4 | 0 impression ]
Sempena program Msjbox OpenHouse (Johor) pada 10 Oktober 2009, kami juga akan mengadakan aktiviti amal di Pertubuhan Anak-Anak Yatim Johor (PKAYJ).

  • Tarikh: 11 Oktober 2009 (Ahad)
  • Masa: 9 pagi
  • Lokasi : Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim Johor, 118, Jalan Bukit Cagar, 80300 Johor.
  • Berkumpul: Rumah Lin di Bukit Indah, atau di stesyen Petrol Caltex KTM.
Kepada semua para bloggers / pengguna Msjbox (terutama di bahagian Johor dan kawasan-kawasan yang sewaktu dengannya) yang berkelapangan masa, marilah bersama-sama meraikan anak-anak yatim di sana.

Kepada para bloggers / pengguna Msjbox yang jauh di Utara, Tengah, Timur tanah air, Sabah, Sarawak & Labuan, anda juga boleh turut serta dalam aktiviti ini dengan menghulurkan bantuan / sumbangan / duit raya seikhlas hati.

Maklumat Lanjut : [ Klik sini ]

Selamat Hari Raya Aidilfitri

[ Saturday, October 3 | 1 impression ]


Sebelum meneruskan cerita aidilfitri, elok rasanya kalau aku & isteri terchenta nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua pembaca yang budiman sekalian.

p/s: berhabuk sikit blog ni sebab lama sangat tinggal, cuti beraya katakan..

Video: Msjbox FastBreak Selatan

[ Tuesday, September 15 | 1 impression ]

Pintu rintangan api

[ Saturday, September 12 | 3 impression ]
Sila pastikan pintu ini sentiasa di tutup!

Memang betul-betul tutup, siap letak pad-lock lagi! konpem orang mati rentung terus! huhu..


sapa punya keja la ini?

Ice Skating

[ Thursday, September 10 | 0 impression ]
ekceli tak ada apa sangat cerita nak di update, so aku tempek jer gambar beberapa bulan lepas yang kitaorang pegi main ice skating kat sunway :)


berhati-hari ketika skating..