Rumah Amal Baitul Kasih

Thursday, February 5 Leave a Comment

Kepada warga Msjbox yang budiman & dermawan,

Pengenalan:
Rumah Amal Baitul terletak di Bukit Rahman Putra, Sg Buloh. Menempatkan 19 orang anak2 yatim serta OKU, tapi sebenarnya penjaga rumah ni ada menyewa dua buah rumah lain untuk menampung 20+ anak2 yatim. Jumlah anak yatim semuanya ialah 40+ orang.


Keadaan Rumah Baitul Kasih

Sumbangan diperlukan:

  1. Pampers bayi (saiz M& L) & orang dewasa (untuk remaja OKU)
  2. Susu bayi (Dutch Lady 1-2-3)
  3. Barangan peribadi i.e. ubat gigi/syampu/sabun/berus gigi
  4. Pakaian2 terpakai (yang masih elok & sesuai untuk kanak2 berusia dari 1-17 tahun)
  5. Milo
  6. Beras / gula / tepung gandum - barangan dapur
  7. Alat2 mainan
  8. Buku cerita kanak2 / buku teks / buku2 agama
  9. Kipas angin (standing fan)

CSR:
Ini adalah merupakan aktiviti kemasyarakatan yang dianjurkan oleh kompeni tempat carneyz bekerja. Aktiviti ini adalah pada 8 Feb 2009 (Ahad).

Tarikh Akhir:
Sesiapa yang ingin menghulurkan sumbangan, anda boleh menghantar barangan tersebut di rumah kami (Junaidix & Carneyz) selewat-lewatnya pada 7 Feb 2009 (Sabtu) kerana esoknya kami terus bergerak ke Sungai buloh. Kalau anda rasa tidak sempat untuk berbuat demikian, anda juga boleh menghantar terus ke Rumah Bakti Baitul Kasih. Alamat, No telefon boleh didapati di laman http://baitulkasih.com

Sekian, terima kasih.

p/s: kalau nak join kitaorang pun boleh juge.

1 comments »

  • Unknown said:  

    insyaAllah...doakan yg terbaik utk kanak2 nie... :D