dah abis jadi student
Thursday, February 5
Leave a Comment
hari ini dah setel sudah kursus 3 hari untuk aku jadi student semula kat tempat training center ni. memang aku ulangkaji jugak la malam tadi untuk ujian, tapi ujian telah di postpone ke hari isnin sebab id untuk login ke sistem tak boleh pakai. maka.. tak mengapa lah.
hari pertama training tak ada makan pun time rehat. then semalam ader la jugak makan. dan diaorang hidangkan hotdog!
hotdog bungkus.
ini cerita semalam jugak. nak mencari tempat makan yang murah macam warung kat centerpoint damansara ni memang tak kan jumpa punya. yang ada restoran.
the straits cafe
dah nama pun restoran, so harga makanan memang mahal lah. mee goreng mamak pun RM8.90! kalau korang pegi makan kat mamak, tu dah boleh dapat 2 pinggan.
penat belek menu, then aku tak terasa nak makan nasi. then aku pun ternampak mee kari, haruslah aku order itu mee kari.
mee kari.
kalau ikutkan rating lidah aku, boleh tahan la jugak. cuma aku terasa macam ada kekurangan sesuatu. tapi aku tak pasti. apa eh? tak mengapalah.. habis jugak! hehe
so total, mee kari dengan soya cincau dalam RM13. kalau makan kat warung, boleh makan 3 round. pagi-petang-malam. kalau lah site aku kat area centerpoint tu, haruslah aku bawak bekalan setiap hari!
tapi ada satu perkara yang aku rasa macam impresif sikit.. kat area basement parking dia. ada satu bahagian, parking dia double decker!
parking 2 tingkat. bawah tu nak keluar/masuk kereta, kena jack-up la tempat parking tu. impresif gak! tapi kalo lif tu rosak, jalan kaki la pegi keja hari tuh! hehe
0 comments »
Post a Comment