Cameron Highland
plan cuti-cuti pada minggu ini adalah sempena kami punya 2nd anniversary esok. oleh sebab terkena pada hari kerja maka program di bawa ke depan satu hari lebih awal.
aku dan carneyz memang dah lama nak naik ke cameron highland tapi asyik tertangguh saja. last sekali plan awal tahun. then pertengahan tahun, then harga minyak naik, then semua aktiviti perjalanan jarak jauh dibekukan.
perjalanan dari rumah ikut jalan biasa aja. exit ke tapah dah terus ke cameron highland. hajat nak singgah di air terjun lata kijang terpaksa kensel sebab terlepas simpang!
dari tapah nak sampai ke tanah rata cameron tu dalam 1jam jugak sebab jalan memang macam ular kena gigit!
lepas aja check-in, kitaorang terus bergerak ke tempat minum teh sambil tengoh lembah teh yang hijau itu.
isteri terchenta, happy 2nd anniversary my dear :)
ini adalah daun teh. boleh digigit terus dari ladang. rasanya kelat!
lembah teh
selain dari ladang teh, tempat yang sinonim dengan cameron highland juga ialah ladang strawberry.
strawberry yang sihat, 18 tahun tak habis makan.
ini lah buah strawberry. cicah coklat, enak woo..
dan harus lah juga untuk singgah di tempat haiwan-haiwan ternakan. rama-rama misalnya.
rama-rama di hujung hari!
rama-rama kat taman ni memang terrer posing.
dinner, steamboat. mmmm... marveles!
erm.. ekceli banyak lagi koleksi gambar. aku telah post di album gambar online aku di picasa web album. [ klik sini ]
Read the full story