Yup, aku dah pun pegi tengok malam tadi dengan
isteri terchenta kat midvalley. Berikut adalah pandangan peribadi aku yang tiada kaitan dengan masih hidup atau pun yang telah meninggal dunia. hehe
Sebenarnya aku pun baru saja berkecimpung dalam arus Upin & Ipin kat TV9. Budak-budak memang suka layan sebab cerita tu ialah Upin & Ipin.
Lepas tengok Geng: The making dalam TV9, ada beberapa fakta yang menjadi perhatian aku.
Kos/Budget filem: 4 Juta
Production: 2.5 tahun
Dari situ aku terfikir, 4 juta, lagi mahal dari Cicakman. 2.5 tahun, tempoh yang lebih kurang sama pembikinan cerita Shrek (DreamWorks/PDI) ataupun Toy Story-Finding Nemo-The Incredibles (Pixar).
Tapi selepas aku tengok sendiri Geng The Movie malam tadi, aku berani katakan yang Geng The Movie ini memang best! Best banget! Impresif! hehe
Jalan cerita Geng ini sangat la simple. Sinopsis rasmi cerita dari website mereka:
Ada sesuatu yang mengganggu ketenteraman Kampung Durian Runtuh. Penduduk kampung menyebarkan cerita tentang kewujudan suatu makhluk yang menggerunkan menjelang waktu malam, namun tiada siapa yang berani mencari kebenaran disebaliknya...
Sehinggalah Badrol dan Lim, serta rakan-rakan baru mereka terjerumus ke dalam misteri tersebut tanpa disengajakan. Seekor haiwan aneh yang tidak diketahui asalnya, menjalin persahabatan dengan Rajoo dan membawa mereka semua ke suatu pengembaraan, jauh ke dalam hutan hujan Malaysia yang penuh dengan hidupan liar, termasuk seekor ular gergasi yang mistik. Sertai mereka, dalam mengungkap misteri dan merentasi cabaran di sekitar keindahan panorama flora dan fauna Malaysia. - website
Disebalik jalan cerita yang simple, banyak aksi pengembaraan yang diterapkan. Diakui yang separuh masa pertama, jalan cerita slow sedikit. 20 minit pertama cerita Badrul & Lim (roomate kot) balik kampung durian runtuh.
Rumah Tok Dalang, atuk Badrul
Kisah action adventure bermula bila Badrul & Lim ke dusun durian atuk. Upin & Ipin pun ikut sekali ngan Rajoo tu.
on the way ke dusun atuk
Dah sampai kat dusun atuk, sambil Badrul & Lim tunggu durian jatuh, si Upin & Ipin lawan guli dengan Rajoo. Dan dengan tiba-tiba upin & ipin tengok satu binatang yang cute, dan mereka bertiga pun follow.
bergayut macam tarzan
gelonsor kayu
satu part yang aku tak tahan, gelonsor diaorang tiba-tiba berhenti di atas cerun bukit yang tinggi.
upin: Kenapa berhenti ni? (sambil lompat-lompat & henjut2)
rajoo: woi.. jangan!! nanti jatuh!
upin: cepat ipin, tolong..
rajoo: jangan ipin jangan.. ingat masa depan!!
adeih.. part ingat masa depan tu yang tak tahan.. hehe
ros tengah melihat kelip-kelip
rajoo, tangan terikat, keja kejar moster.
pertarungan terhebat!
berikut adalah rating aku:
cerita:
***** (5/5)
aksi:
***** (5/5)
sound:
***** (5/5)
grafik:
***** (5/5)
Kepada yang 50-50 nak tengok tu, elok la korang pegi tengok. Memang best. Malam tadi pun ader jugak yang kat dalam panggung tu jerit-jerit sebab terkejut & saspen. hehe.
Read the full story