Upin & Ipin: Geng The Movie Review
Sunday, February 15
Leave a Comment
Yup, aku dah pun pegi tengok malam tadi dengan isteri terchenta kat midvalley. Berikut adalah pandangan peribadi aku yang tiada kaitan dengan masih hidup atau pun yang telah meninggal dunia. hehe
Sebenarnya aku pun baru saja berkecimpung dalam arus Upin & Ipin kat TV9. Budak-budak memang suka layan sebab cerita tu ialah Upin & Ipin.
Lepas tengok Geng: The making dalam TV9, ada beberapa fakta yang menjadi perhatian aku.
Kos/Budget filem: 4 JutaDari situ aku terfikir, 4 juta, lagi mahal dari Cicakman. 2.5 tahun, tempoh yang lebih kurang sama pembikinan cerita Shrek (DreamWorks/PDI) ataupun Toy Story-Finding Nemo-The Incredibles (Pixar).
Production: 2.5 tahun
Tapi selepas aku tengok sendiri Geng The Movie malam tadi, aku berani katakan yang Geng The Movie ini memang best! Best banget! Impresif! hehe
Jalan cerita Geng ini sangat la simple. Sinopsis rasmi cerita dari website mereka:
Ada sesuatu yang mengganggu ketenteraman Kampung Durian Runtuh. Penduduk kampung menyebarkan cerita tentang kewujudan suatu makhluk yang menggerunkan menjelang waktu malam, namun tiada siapa yang berani mencari kebenaran disebaliknya...Disebalik jalan cerita yang simple, banyak aksi pengembaraan yang diterapkan. Diakui yang separuh masa pertama, jalan cerita slow sedikit. 20 minit pertama cerita Badrul & Lim (roomate kot) balik kampung durian runtuh.
Sehinggalah Badrol dan Lim, serta rakan-rakan baru mereka terjerumus ke dalam misteri tersebut tanpa disengajakan. Seekor haiwan aneh yang tidak diketahui asalnya, menjalin persahabatan dengan Rajoo dan membawa mereka semua ke suatu pengembaraan, jauh ke dalam hutan hujan Malaysia yang penuh dengan hidupan liar, termasuk seekor ular gergasi yang mistik. Sertai mereka, dalam mengungkap misteri dan merentasi cabaran di sekitar keindahan panorama flora dan fauna Malaysia. - website
Rumah Tok Dalang, atuk Badrul
Kisah action adventure bermula bila Badrul & Lim ke dusun durian atuk. Upin & Ipin pun ikut sekali ngan Rajoo tu.
on the way ke dusun atuk
Dah sampai kat dusun atuk, sambil Badrul & Lim tunggu durian jatuh, si Upin & Ipin lawan guli dengan Rajoo. Dan dengan tiba-tiba upin & ipin tengok satu binatang yang cute, dan mereka bertiga pun follow.
bergayut macam tarzan
gelonsor kayu
satu part yang aku tak tahan, gelonsor diaorang tiba-tiba berhenti di atas cerun bukit yang tinggi.
upin: Kenapa berhenti ni? (sambil lompat-lompat & henjut2)adeih.. part ingat masa depan tu yang tak tahan.. hehe
rajoo: woi.. jangan!! nanti jatuh!
upin: cepat ipin, tolong..
rajoo: jangan ipin jangan.. ingat masa depan!!
ros tengah melihat kelip-kelip
rajoo, tangan terikat, keja kejar moster.
pertarungan terhebat!
berikut adalah rating aku:
cerita: ***** (5/5)
aksi: ***** (5/5)
sound: ***** (5/5)
grafik: ***** (5/5)
Kepada yang 50-50 nak tengok tu, elok la korang pegi tengok. Memang best. Malam tadi pun ader jugak yang kat dalam panggung tu jerit-jerit sebab terkejut & saspen. hehe.
cayokkkk!!memang besttttt!!!
tak penah2 adik akak reti nak masuk panggung wayang..pasai upin ipin dia sanggup nak masuk gakk..
oit!
babak sedih Oopekk berpisah ngn Rajoo x cite plak..
haaa.. nanges ek.. ahahaha
ila,
upin & ipin nyer pasal.. sanggup pegi panggung eh? impresif!
paan,
tak teringat lak .. meby babak tu tak berapa syok sangat nak dicerita :P hehe
anak dara kat rmh dok tanya lama dah, bila nk start tayangan, masa tgk topi ajaib hr tu kat panggung dh intro filem nie...
best!
bangga btoi tgk hasil kerja org kite kan.
=P
nie baru kata, filem kita wajah kita... bangga gan produk kita sndr... tahniah nizam & the geng :)
Hai..sy Diin dr Les Copaque..thanx byk2 kerana mnyokong filem Geng!Jgn lupe promot kat sedara mara,member2 & kwn2 kat ofis..kalo best, tgk la lg berkali2..hehe
Kami d LCP sgt gembira dgn respon yg telah d berikan..thanx u all!
nak kena gi tgk nie...huhu
asbestos habis.
tak sia2 aku tergila nak gi tgk wayang haritu..hehehe
bravo
link dia ader x??
citer nie memang best gila tapi x puas.. tgk kat wayang berkali2 pown x puas2..
hahaha.. kalo ader tolong email bro.. nie email gua..
syukorm_88@yahoo.com..
thz bro..