jadi student
bermula hari ini, aku akan masuk kelas. dari 9am - 6pm. tapi kelas aku ini hanya 3 hari sahaja. hari last ader exam.
training ni kat centerpoint, bandar utama. jauh jugak aku nak berlari pegi sana. sampai-sampai jer jam dah kul 9am. aku keluar rumah punya lah awal. kul 7.30am! *hantar isteri terchenta dulu* hehe
memang orang puteh pure yang jadi presenter untuk training tu. banyak jugak perkataan-perkataan yang dia cakap aku tak berapa nak paham. ayat dia macam air terjun jer laju.
sesi presentation. dok duduk dengar aja. ader yg tido pulak tu. aku pun ngantuk gak sebenarnya. tapi sebab ader exam hari ke-3, sabar ajer la. karang tak paham, susah pulak nak jawab soklan.
sesi lab. tengok buku panduan tu, punya lah tebal. nak kena buat semua. terkejar-kejar jugak nak buat sebab menu yang dia tulis kat dalam buku tu lain sikit dari software yang digunakan.
time lunch, sempat lah tengok-tengok kawasan centerpoint nih. saspen jugak tengok, tetiba aja ader taman kat tengah-tengah bangunan. meby ini sebab dia panggil tempat ni centerpoint kot.
taman bunga.
kolam ikan.
sesi petang, pun sama. presentation & lab.
course apa jun ? ITIL kah
selamat menjadi student semula! :D
aiza,
ibm db2 technical sales mastery
mya,
tima kaceh.. hehe
Gud luck Suami Terchenta! :)