Kerana kita rakyat Malaysia

Sunday, February 22 Leave a Comment

jika berlaku kemalangan, sebagai rakyat malaysia yang berhemah.. anda dikehendaki memperlahankan kenderaan anda untuk melihat tempat kejadian selama beberapa minit dan selepas itu anda boleh memandu ke destinasi masing-masing seperti biasa.

dan, jika berkesempatan sila ambil gambar untuk rekod simpanan anda.


contoh gambar kemalangan di tempat kejadian.

selepas dari mengambil gambar seperti tersebut di atas, anda boleh keluar dari kenderaan untuk menyaksikan kejadian itu dengan lebih dekat lagi. parking sahaja kenderaan anda di tepi-tepi jalan supaya orang di belakang anda berpeluang untuk menyaksikan kemalangan tersebut juga dengan jelas.

p/s: sabar aja lah kalau terperangkap dalam jem disebabkan eksiden di seberang jalan.. hehe

3 comments »

  • Sis Lin said:  

    ptut la selalu jem..ko pun jun berenti amik gambr jgk eh...adehhhhh

  • Keri AlHaj said:  

    heheh... gitulah lambang masyarakat prihatin dan penyayang... kannnnnn...

  • junaidix said:  

    @lin,
    aku naik motor jer.. tapi itu pun jem jugak sebab orang depan berhenti amik gambar.. so kena la amik gambar gak! hehe

    @chimera,
    haha.. memang sungguh prihatin untuk menonton tempat kejadian! hehe