,

Storyline

Friday, January 11 Leave a Comment

#1:
Ni cerita pasal Msjbox. Still, aku nak mohon ampun & maaf kat geng-geng Msjbox semua yang terasa hati sebab selepas jer transfer ke server Msjbox.net, terus Msjbox korang jadi macam biskut. Kejap ader, kejap lagi "Server Error". Walaupun server baru tu kapasiti lebih besar dari server lama Junaidix.com, tapi itu tak promise server tu high stability. I learn my lesson. So, semua msjbox yang dah transfer ke server baru hari itu diwajidkan buat "U-Turn" ke server lama sebab aku nak terminate hosting tu. Hampes.

#2:
Selesai sudah perkahwinan member kanceng aku iaitu Shahidayah (dillenia) kat Penang. Semoga kebahagiaan terus berkekalan selamanya. Dill ni member time study kat UTM skudai dulu. Selalu lepak ngan dia nih plus sorang lagik iaitu Shahida (dah kawen gak dah). Aku selalu gak paw diaorang berdua tuh sebab tolong diaorang wat koding Java masa tuh. Tiap kali tolong, diaorang kena belanja aku makan. 10 kali tolong, 10 kali la aku makan free. :P Ni time nak wat projek akhir la biasanya. Dia dan rakan-rakan diaorang yang lain pun aku paw gak. Bukan nak berkira, tapi kira macam upah la. Biasanya minimum 2-3 jam jugak la nak kena betulkan koding diaorang tuh. fenat seh.. hehe

#3:
Gathering kat Penang dah setel. Terima kasih kat Sishoney & Yonna sebagai tuan rumah. Dan jugak tak lupa kepada yang sudi join iaitu fysal & family, amy, lieza, shai, bat (infomalaya). Korang mmg superb!

#4:
15 Disember 2007, dah genap setahun usia perkawinan aku dengan Carneyz. Selamat ulangtahun my dear. Mesti korang dah baca pasal dinner tu kat blog dia. Sepanjang setahun perkahwinan, memang banyak perbezaan yang aku dapat rasakan. Yang paling ketara, perkahwinan membolehkan kitaorang g kemana saja berdua. Tak kesah pun nak lepak kat ceruk mana, Insyallah selamat dari fitnah-fitnah tu semua. Bagi yang belum kawen, kawen la cecepat. Doa banyak-banyak. Kalo korang nak nanges sensorang time berdoa itu yang paling afdal nyer :)

#5:
Laptop aku KO lagik pagi nih. Ni gara-gara wat windows update malam tadi. Aku nak ON jer, terus dia tak nak dah me-restart-kan diri nya sendiri. Then aku pun wat repair windows tu guna cd asal, Alhamdulillah.. kembali seperti sediakala. Boleh restore ke hari sebelum aku install windows update tu. setel.

#6:
Meby belum terlambat lagi kalo aku nak wish Selamat Tahun baru 2008 untuk semua.

#7:
Salam Maal Hijrah 1429H untuk semua.

p/s: dah nak genap sebulan aku tak update blog ni. Bz la jugak plus sebok ngan Msjbox jugak.

1 comments »

  • Azhar Ahmad said:  

    Salam Ju... lama tak datang sini...

    #1 Sori, saya tak aktifkan Msjbox kat blog. Msjbox tu, orang buat lepas geram... Tak sukerrr....

    #2 Ahahaha, orang tak berani mintak tolong ngan saya, pasal saya garang... Ahjahaha

    #3 Ruginya tak dapat ikut...

    #4 Pedih ni... sampai ke ulu hati... Apapun, Selamat Ulangtahun buat kamu berdua

    #5 Guna Ubuntu pun best hape....

    #6 dan #7 Juga buat kamu