Al-kisahnyer..

Sunday, January 13 Leave a Comment

Pada suatu hari, ada sepasang suami-isteri hendak pergi menonton wayang. Si suami telah menempah tiket di www.gsc.com.my. Kemudian, setelah selesai semua proses sistem tersebut telah memberi no tempahan dan si suami mencatat sebagai "13754". Confirm.

Lokasi dipilih ialah 1Utama. Sepasang suami isteri ini pun menuju ke kaunter untuk mengambil tiket tempahan. Sampai ke kaunter, si suami memberi no tempahan "13754" dan..

"Maaf, no tempahan tersebut tak wujud!" kata si penjaga kaunter.

"Hah? Macam mana boleh jadi begitu?" kata si suami

"Betul ke abang catat no tempahan tu?" celah si isteri

"Betul dah!" jawab si suami dengan penuh keyakinan

"Maaf, no tempahan tu memang tak wujud!" kata si penjaga kaunter lagi

"Boleh pergi ke kafe internet hujung sana dan periksa semula no tempahan tu" sambung si penjaga kaunter lagi.

Maka, si suami dan isteri pun pergi ke kafe internet tersebut dan membayar sejumlah RM2 hanya untuk dapatkan no tempahan tersebut di Gmail yang tidak sampai 5minit. No tempahan sebenarnya ialah "13764".

"Waduh! macam mana boleh tersilap catit nih!" rintih si suami dalam hati.

Kembali ke kaunter tiket dan si penjaga kaunter pun mencetak tiket dan si suami isteri tadi pun masuk ke panggung wayang no 2.



Pelik. Jam dah pukul 10 malam. Tapi senyap dan sunyi sahaja. Kebiasaan nya kalau cerita pukul 9.45 malam, iklan sahaja dan ambil 15-30minit. Dan pukul 10.15 malam. Masih senyap dan sunyi. Keadaan panggung wayang itu sekejap terang dan sekejap gelap. Entah apa masalah mereka. Dan kemudian..



Insiden tersebut telah membuatkan semua orang merasa tidak puas hati. Marah. Geram. Suami isteri yang masuk lambat tadi ini telah tambah kecewa lagi. Penat sahaja menghabiskan RM2 untuk mendapatkan no tempahan tiket dan ini hasilnya?



Semua penonton-penonton mula berasak-asak ke Kaunter 1 untuk "refund" atau "tukar cerita". Hanya Kaunter 1 sahaja yang digunakan untuk tujuan tersebut. Sungguh mengecewakan.

"Abang.. nak refund ke atau nak tukar cerita lain?" tanya si isteri

"Hmm.. kalau nak tukar, nak tengok cerita apa yer?" jawab si suami

"Gabriel atau Game Plan nampak macam menarik" kata si isteri.

Sampai di Kaunter 1, pasangan suami isteri itu pun membuat keputusan untuk memilih cerita Game Plan pada pukul 11.45malam. Selesai sudah, mereka pun beredar dari Kaunter 1 dan banyak lagi penonton lain yang sedang beratur. Mujur keluar awal tadi.



Melihat keadaan muka penonton-penonton yang sedang berbaris, mereka itu semua tak puas hati.

Pasangan suami-isteri tadi pula sedang berunding apa yang mereka hendak lakukan dalam masa 1 jam sebelum 11.45 malam. Dan mereka pun bersetuju untuk kembali ke kafe internet untuk menghabiskan RM4 sejam



Selesai sudah pasangan suami isteri menghabiskan RM4 sejam di kafe internet, mereka pun ke GSC untuk menonton Game Plan. Mereka pun pulang selepas selesai menonton cerita tersebut.

TAMAT

8 comments »

  • Azhar Ahmad said:  

    Ahahahah, kesian suami isteri tu....

  • echah_syed said:  

    lenkali kuar umah baca bismi..pastu langkah kaki kanan cecece...:p

  • Anonymous said:  

    mcm kenal je suami isteri tuh..hehe

  • kunadzri said:  

    moral of the story : dalam apa2 jua situasi, bertenang... pasangan suami isteri yang perlu dicontohi, cool...siapa ekk??

  • junaidix said:  

    azhar,
    tau tak per :P

    echah,
    betui :P hehe.. & check semula tiket wayang tuh.. hehe

    peco,
    kenal tak per :P

    kunadzri,
    time story nih mmg dah cool pun! hehe

  • Anonymous said:  

    mujur juga suami dan isteri tu sama2 giler komputer + internet.

    ada satu cerita tu, bila si mak we ajak pak we pergi cc, boleh si pakwe tu cakap, 'nak buat per?'.... huhuhu..

  • Anonymous said:  

    mmg pasangan yang kool :D

  • Anonymous said:  

    salam, benda yg paling aku tak suka kalau nak tgk wayang adalah beratur ketika membeli tiket, tp lagi tak best bila tiket dah beli tp movie takleh tgk :D