,

Tart Telur

Sunday, July 8 Leave a Comment

Malam tadi, sempat lagik nak buat experiment "Tart Telur". Ini sumer Carneyz nyer keazaman yang begitu membara untuk buat. Aku tolong tengok dan tolong mengacau yang buat keja tu jer la.. hehe

Campuran yang dah digolek2 menjadi "doh"

Kemudian, masukkan dalam acuan

Ini proses untuk buat inti. Campur je dan blend saja.

Dah pun siap untuk dimakan!


Bahan-bahan ( 30 keping )
PASTRY
200g butter
80g gula aising
360g superfine flour
1biji telur
1/2 sudu kecil esen vanila
FILLING :
1 cawan susu cair
4 biji telur
1 cawan gula
1 cawan air
1 sudu besar tepung kastard
1/2 sudu kecil esen vanila
• pewarna kuning

Cara-cara
1. Pukul butter dan gula sampai kembang.
2. Masukkan telur sedikit demi sedikit.
3. Masukkan tepung sampai jadi doh.
4. Ratakan setebal 1/2 cm dan terap dalam acuan.
5. Cucuk dengan garfu supaya tidak kembung. Dan bakar selama 10min pada suhu 180.
6. Keluarkan dan masukkan filling. Bakar lagi 10 min.
7. Untuk filling. Campurkan semua bahan dan gaul hingga sebati.

p/s: ekceli resepi ni pun amik dari internet jugek. ader berlambak. korang search jer :p

5 comments »

  • retna said:  

    Jun, apa kata ko 'pos' kan pastri tu ke umah ako sket.. hehehe

    weii meh cepat meh aply job kat opis ako, untung2 ko plak bleh bawa carneyz dinner kat tempat org kaya tuh :p

  • Reez said:  

    Jun...

    Amboi, pandainye korang berdua buat pastry.. :) Meh sini aku rasa sikit... Heheheheeeee...

    P/s:-
    Apesal satu tu cam nak hangus? Ko lambat bawak keluar dari oven ye?

    :)

  • Am said:  

    Jun, Am nak tolong makan boleh tak, terliur pulak tengok tart tu malam-malam ni hehehe

  • JUNAIDIX said:  

    retna,
    kat tempat ko ader keje kosong eh? :D nak apply jugek la cenggini.. bley aku jadi IT kat situ :)) haha

    reez,
    yang satu tu hangus memang biasa.. kalo tak hangus, tak experiment la namanya :D

    am,
    nak tolong makan? :D hehe

  • lin said:  

    dat looks yummy.. tak pakai acuan ek?? pakai foil tu dah good enough ke?? aiseehhh.. fail la nak buat pastry ni.. camne ni .. ??