,

Hari Melawat Melaka

Thursday, October 8 Leave a Comment

Ini merupakan kali ke-2 emak & ayah datang ke KL. Kali pertama, sajer berjalan-jalan kat KL. Kali ni pulak sebab adik aku yang sorang lagi tu nak konvo. Acara konvo adalah di hari Sabtu ini, sesi petang. Hari ini, aktiviti ambil jubah, then terus shoot ke Melaka. Dulu time emak datang KL, tak sempat nak bawak jalan-jalan di Melaka. Maka, kali ini, haruslah meneruskan acara yang suci murni ini *hehe


Acara dimulakan dengan melawat kampus tempat Jemi belajar. Micet. Dapat bergambar kat depat pintu gate pun dah kira ok. First time gak mak & bapak datang kat sini.


Haruslah stop untuk makan. *lapar nih..


Ini merupakan kawasan wajib untuk dilawati. Ni merupakan kali ke-2 aku masuk sini.


Terus saja melangkah masuk.


Harus la jugak bergambar dengan si captain jack sparrow!


Kat atas dek kapal. *sungguh moden pirates ini..


A Famosa, juga merupakan kawasan-kawasan wajib lawat kalau menjenguk Melaka ini.


Dataran pahlawan, dari atas bukit Famosa.


Orang yang baju itam tu, 3 tahun kat Melaka, ini adalah first time kat sini! *hehe


Ok, ini adalah tempat yang aku nak pegi. Dulu time aku pegi Melaka, tutup aja memanjang. Arini, dapat la sudah aku melangkah masuk kat Istana Melaka ini.


Balirong seri. Memang dah macam dalam pilem PGL.


Ini pulak adalah kawasan tempat sultan golek-golek beradu di waktu malam atau siang.


Memang luas jugak dalam istana ni. Ada 2 tingkat. Then ada satu lorong gelap kat tepi istana yang memaparkan segala jenis pakaian tradisional.


Aksi latar, aku pun tak berapa pasti. sultan tengah marah agaknya.


Ok, gambar penghabisan sebelum bertolak balik ke KL.

Full Album:

1 comments »

  • CT Delima said:  

    Jun...ko ni boleh di katakan anak yang soleh lah hehehe. Muka Jun sama ngan bapak erk. Lama tak datang Melaka ni Jun. ehh tahun ni tak der camping2 lagi hehehe