,

Balik Kampung

Wednesday, October 7 Leave a Comment


Tahun ni, aku beraya belah isteri terchenta dulu, dari KL ==> Bintulu ==> Mukah ==> Kuching ==> Bintulu ==> KL. Jauh tak? Buat satu pusingan U-Turn tu.

Aku start cuti memang betul-betul hari Sabtu (sehari sebelum raya) then pagi-pagi buta telah ke LCCT. Macam biasa, bila time raya, kitaorang tumpang kereta kat rumah Acai. Terima kasih banyak-banyak yer Acai. :)


Ni semua ahli keluarga sebelah Igan, Mukah. Cuba korang tengok, ader tak muka-muka yang korang kenal sesat kat dalam gambar tuh? hehe


Tengok ni, ader orang tolong menghias rumah di malam raya!


Menziarahi kubur, memang aktiviti penting.


Macam zaman dulu-dulu, bergambar kat tepi tingkap


dengan tak semena-mena, di suatu pagi yang hening, ader orang jerit nak tengok burung kenyalang? erk! apakah itu betul? *hehe


ahems.. posing di pagi raya.


nasib baik aku dah besar, tak la kena main bunga api *hehe

satu perkara yang unik setiap kali raya di Igan, ialah acara "berlanggar meja". Oops, bukan angkat meja dan langgar kasi pecah! makan-makan ajer lah.


Aku rasa kali ni macam ok sikit sebab ader khemah, then pekena ikan bakar! fuyoo..


Ini ayah mertua.. *hehe


since acara berlanggar meja ni adalah acara besar-besaran, ada 3-4 buah kampung terlibat. senang cerita, sebuah kampung buat open house, 3 buah kampung lagi jadi tetamu. then esok nya, tukar pulak, kampung yang satu lagi jdi host, dan 3 lagi jadi tetamu. macam tu lah 4 buah kampung ikut pusingan. meriah kan? *kat kl mana ader!

last sekali,


aktiviti "harvest" di farmville kat belakang kampung aku! sungguh addicted itu games! *muahehehe

0 comments »