Melawat KL
Dah seminggu berlalu, tapi aku tetap nak update jugak pasal mak & bapak aku datang ke kl buat pertama kali.
Mereka datang pada malam sabtu, then disebabkan oleh delay (mcm biasa lah airasia), dekat nak pukul 2am jugak baru sampai rumah aku.
Sabtu, plan memang berjalan-jalan. And sudah semestinya ke mercu tanda malaysia.. KLCC
Bapa, Emak & adik aku.. first time di depan klcc :)
dan kemudian ke menara kl, emak selalu tengok menara tu kat tv dan sering tanya, boleh naik ke kat atas tu?
kat depan menara kl
dan, hari ini bukan setakat naik, tapi siap ngan teropong lagi
since harga naik menara tu memang boleh tahan mahal, tapi dia taruk sekali tiket naik kuda.. so suruh la emak naik kuda. aku sendiri pun tak penah naik gak.
bapak pun naik gak.
then masuk tengok mini-zoo yang ada kat bawah menara tu. pun tiket dah masuk sekali tu.
then, tugu negara. aku pun boleh kira ngan jari berapa kali datang kat sini.
of course, dataran merdeka sebagai penutup lawatan untuk hari ini.
hehe.. jauh menung..
next day: ahad, seperti yang korang dah baca kat blog isteri terchenta, kita pergi melawat zoo negara sebab emak & bapak nak tengok zirafah.. hehe
pepagi lagi dah beransur ke zoo. tiket pun naik harga gak dah yer..
masuk-masuk jer terus ke tempat persembahan..
memang ramai gak orang tengok persembahan tu. kanak-kanak sekolah la yang penuh.
burung kakak tua menaikkan bendera
welcome..
memang panjang jugak persembahan tu. ada lah dalam 20 minit macam tu. dah setel semua persembahan, then terus bergerak mencari zirafah..
jumpa, tapi dalam kandang. tak per.. bergambar jer lah.
emak tengah beri gajah makan. sempat aku snap. gambar bapak beri gajah makan tak sempat.
tengok rusa
aku pun tompang gak nak bergambar ngan sang harimau.. tapi sang harimau tu malu2 pulak dan lari ke belakang!
lastly bergambar ngan unta! hehe
dan selesai di zoo, kemudian kami bergerak pulak ke putrajaya. tapi sebelum itu, bawak singgah kat perkarangan stadium bukit jalil dulu.
kat tepi stadium nasional bukit jalil.
kita makan dulu! nasi kandar..
dah setel makan, then baru sesi bergambar bermula
kat tepi masjid
mengadap tasek. hari panas oo.. tu muka semua mcm tu.. hehe
beli cenderahati sikit.
apa-apa pun, solat dulu.
dah selesai solat. ni yang aku kompius, apsal kena pakai jubah tu gak eh?
depan bangunan jabatan perdana menteri, opin pm kat sini.
kat bulatan yang ada bendera banyak-banyak.. hehe
kat persiaran perdana putrajaya
depan bangunan mahkamah putrajaya.
kat jambatan putrajaya.
dah selesai, dari putrajaya.. berpatah balik semula ke rumah. tapi sebelum itu singgah sebentar di tasek titiwangsa
kat area tasek. konon nak maik bot, tapi dah tutup pulek.
dah nak pulang dah nih.
begitulah cerita pertama kali membawa parent jenjalan kat kl nih. tapi bagi emak & bapak aku, pengalaman yang diaorang sering ingat ialah pengalaman semasa naik kuda kat menara kl tuh. hehe.
apa pun, bulan 10, mak & bapak aku akan datang lagi ke kl untuk konvo adik aku yg belajar kat melaka dulu.
Full album:
0 comments »
Post a Comment