Kenduri di Mukah
[This entry is in Bahasa Melayu]
Sebenarnya aku ke Mukah sempena kenduri kahwen Aja yang juga merupakan kazen isteri terchenta. Flight kitaorang ke Bintulu memandangkan flight ke Mukah dah abis. Untuk yang tak pernah tahu Sarawak ada Mukah (bukan Mekah yer), korang boleh tengok maps kat bawah nih.
View Kenduri Mukah in a larger map
Trip dari Bintulu ke Mukah memakan masa lebih kurang dalam 5 jam. Kepada yang beranggapan aku akan naik sampan, so simpan aja lah harapan itu sebab kitaorang driving yer.
Jalan adalah berturap dari Bintulu ke Hentian Selangau (simbol toilet dalam maps tu). Selepas dari itu, jalan adalah berbatu serta tanah kerana jalan dari dulu sampai sekarang dok macam tu jugak. Tak pernah siap.
Hentian Selangau, macam rumah kedai aja.
Dari Hentian Selangau itu, maka speed yang paling laju boleh bawak pun dalam 40-50km/j sebab jalan ladang. Sapa-sapa yang duk kat felda tu tau lah.
Jalan tanah aja.
ada pulak lori besar ulang-alik
ini rumah panjang yer.. dah moden. ader letrik, bekalan air.
siap ada gerbang.. dan keta kancil!
selepas 2 jam meredah jalan ladang yang memang sungguh tidak best itu, akhirnya sampai ke persimpangan yang jalan dah ok kat mukah ni.
hujan turun dengan lebat nyer..
ok, setel cerita pasal jalan. Majlis akad nikah diadakan di rumah pihak perempuan. cuba korang teka sapa yang ada dalam gambar kat bawah nih?
hulu balang pahlawan satria! hehe
rombongan membawa angkatan meminang merangkap menghantar pengantin lelaki ke majlis akad nikah! impresif tak?
pengantin menyandar selepas berjalan jauh selama 5 minit..
majlis pun bermula dengan adat-istiadat penyerahan hantaran..
dipendekkan cerita, khutbah dimulakan dan akad nikah berjalan dengan lancar.
sah suami-isteri
sesi bergambar la pulak..
yang kat luar, kita makan dulu!
to be continue..
tahan kali jak drive ke mukah nok jalan jaik ada.
sik sakit belakang kah drive?hehe..tapi oklah ya, dpt adventure.