Co-Organizer: Gathering of 2009

Tuesday, March 10 Leave a Comment

Ok, aku akan terlibat dalam penganjuran "meetup blogger" yang akan berlansung pada 18 April (tentatif)

Salam sejahtera buat semua. Masih ingat lagi majlis RUMPUN 2007 yang lalu? Atas permintaan beberapa orang rakan, infomalaya, Aman, Junaidix dan Hafreze ingin menganjurkan majlis seperti RUMPUN. Cuma kali ni, kena cari dan guna nama lain. Tapi, untuk menjadikan majlis ini lebih meriah dan lancar, idea-idea berkenaan aktiviti yang akan dijalankan, nama majlis, dan konsep majlis perlulah difikirkan terlebih dahulu.

Tentang tarikh, kami dah sepakat untuk buat pada 18 April(cadangan). Tarikh tersebut tidak bercanggah dengan Barcamp dan juga PC Fair yang turut diadakan pada bulan April. Berkenaan tempat, sedang diusahakan oleh saudara Hafreze, InsyaAllah. Jadi, sila beri maklumbalas anda secepat mungkin, sebab kami kena buat kertas kerja untuk dapatkan kelulusan tapak program, dan juga untuk mencari penyumbang.

Di ruangan komen, sila berikan idea untuk:

1) Nama majlis
2) Konsep majlis
3) Aktiviti yang akan dijalankan

Selain itu, untuk mereka yang ingin menjadi tenaga kerja untuk menjayakan program ini, amat dialu-alukan. Sila maklumkan juga di ruangan komen, dan kita akan bincang sama-sama lepas ni. -InfoMalaya

Event ini merupakan kerjasama antara beberapa blog komuniti. Barangsiapa yang ada idea tambahan, sila komen kat bawah ni atau boleh jugak komen kat blog InfoMalaya tu.

6 comments »

  • Anonymous said:  

    waa~~
    mcm seronok je~~

    wee~~

    ;D

  • Anonymous said:  

    salam incik jun... 18 april tu sedang berlaku juga pesta buku antarabangsa di pwtc...

  • Anonymous said:  

    Waaaaa jun bestnya..tapi aku punye majlis sehari pas tu tau jun,hehe..saje buat makluman awal,hehe (syyy jgn heboh2kan dulu)..datang lagi umh aku tau jun ngan carneyz..:) bleh makan ayam goreng tu lagi,haha.. semoga penganjuran ni berjaya macam tahun2 lepas,amin..

  • junaidix said:  

    deqnaz,
    pasti akan best.. hehe

    tanpa nama,
    tak kan pesta buku satu hari jer.. biasa kan 3-4 hari..

    acai,
    ooh.. alkisahnyer.. insyallah :)

  • shaizhar said:  

    salam.
    pesta buku sebulan di bulan april (rasanya) nanti kena check kat website alaf21 kalau ada info

    wah! ada majlis umh acai ke? agak2 aku nie dijemput tak?

    My idea,
    Buat makan2 pun okie kot!
    Tak pun treasure hunt ke?
    Itu je kot my idea.

    TQ

  • Anonymous said:  

    pesta buku biasa 2 mgu jer. ehehehe...