Apam Mekar: Experimen di hari cuti

Monday, March 9 Leave a Comment

Memang syok kalau cuti panjang. 3 hari ini, aku dengan isteri terchenta tak kemana-mana. Duduk rumah saja. Dengan tiba-tiba, isteri terchenta teringin untuk membuat kuih Apam Mekar. Al-maklumlah, dia kan suka makan kuih apam tu. Kalau beli kat kedai, 3=RM1.

Aku yang dok tengah duduk di depan pc, terpaksa sanggup untuk meredah hujan semata-mata untuk membeli satu bahan ramuan lagi: susu segar.

Dipendekkan cerita, proses men-campurkan segala macam bahan-bahan berjalan dengan sungguh lancar. Jangan tanya aku apa bahan-bahan nya sebab aku dok jadi kamera-man untuk snap gambar-gambar aja.


Capurkan tepung. Sila pastikan putih telur sudah dipukul kembang ya tuan-puan.


Gaul sampai sebati secukup rasa.


Asingkan adunan. Letak pewarna ikut feveret masing-masing.

Namun, semua keseronokan membuat kuih Apam Kembang hancus sebab lain yang dirancang, lain pulak yang kembang! Trajedi sungguh..


Akibat leka tengok tv, hangus periuk belanga!

Adeih.. dah la apam tu tak sempat mengembang, plastik tempat kukus cair pulak tuh! sungguh la..

P/s: apa pun, ni batch ke-3 yang hancus. 2 batch sebelum nya dah pun selamat dimakan.
P/s/s: susah sikit la nak buat laksa serawak lepas ni.

6 comments »

  • Kasawari said:  

    hishhh bahaya ni jun mcm ni.. tapi naper periuk eletrik tu tak trip ek jun..

    tapi takper.. leh cuba lagi..

  • AnDeH said:  

    salam,
    wah..nmpk mcm besh...huhuU~

  • CT Delima said:  

    lorrr..nape jadi cam tu lak Jun..nasib baik x ada kejadian buruk berlaku..beli ler kukus yg comel cam ct punya..baru RM20 hengget tau..x per percubaan pertama mmg banyak dugaan kan :)

  • dir&fara said:  

    uikssss.. nape camtu bro?? takpe bro.. org lelaki kalau masak jadi camtu takpe, jgn anak dare.. hehe.. good job bro!!!

  • junaidix said:  

    @kasawari,
    entah lah.. meby sebab dia dah trip tapi kitaorang tak perasan tengok tv.. hehe

    @andeh,
    best ke apam cair? hehe

    @k.ct,
    cobaan.. hehe..

    @dir,
    dah namanya hangus.. maka cair la ia! :p

  • Qaseh said:  

    piuk tu kukus ke?...ermmm bahaya2...
    x pe len kali cube lagi erk....