Box Office: Upin dan Ipin RM4 juta, 14 hari
Friday, February 27
Leave a Comment
#1: RM4.09 juta. 14 hari
Tahniah diucapkan untuk team produksi filem Geng (Upin dan Ipin) kerana cerita yang korang buat memang best sampai orang rebut-rebut nak tengok.
"Kutipan seluruhnya untuk 2 minggu yang pertama in telah mencecah RM 4.09 juta, satu pencapaian yang memberansangkan. Kutipan minggu kedua ini menyaksikan penurunan sebanyak 18% dari kutipan minggu sebelumnya"
#2: Kecewa
Namun begitu, aku pun turut simpati dan kecewa dengan masalah yang dihadapai.
"Setelah tamat sahaja sekim wajib tayang selama dua minggu, semua pengusaha panggung telah mengurangkan jadual tayangan filem ini dan mengalihkan nya dari panggung yang besar ke panggung yang lebih kecil"
"Akhirnya Atok telah mengambil keputusan untuk menarik balik semua tayangan filem Geng dari semua panggung mulai semalam sekiranya mereka tidak mengubah jadual tayangan dan mengekalkan panggung yang besar untuk tayangan tersebut. Dengan ancaman tersebut, barulah semua taukeh panggung berkokok dan berjanji untuk menukar jadual tayangan dan pemilihan panggung untuk tayangan"
#3: Terkejut jugak
Rupa-rupanya pengusaha penggung dapat untung yang tinggi dari kepenatan orang lain. Aku ingatkan dalam 15-25% saja.
"Sebenarnya mereka mendapat 50% dari hasil kutipan filem ini"
So kalau kutipan sekarang dah RM4 juta, maka produksi hanya dapat RM2 juta. Memang tak balik modal lansung. Kos produksi RM4 juta. Kalau aku jadi produser, aku pun boleh sakit perut dan terjun bangunan dari tingkat 88!
Ni memang betul-betul last kopek nyer cara, jual DVD/VCD dengan cepat. Tu pun kena jual dalam 300,000 unit!. Satu unit kot2 boleh dapat dalam RM10 dari harga Rm19.90, so ada la dlm RM3 juta. Akhirnya baru dapat balik modal produksi RM4 juta. Fuh..
P/s: tak jadi nak terjun bangunan tingkat 88 sebab boleh jual dvd/vcd lagi.. hehe
nak bukak panggung wayang la kalo camni... org lain penat2 buat filem, aku senang2 dpt utk 50%... huh! manyak untung wooooo...
huh! betapa x adil dunia ini...
*untung bukan utk salah taip la plak