live result ditutup dan undian semula

Thursday, January 22 Leave a Comment

mengambil kira pendapat rakan-rakan sekalian, maka dengan ini live result (termasuk result dalam MPanel) ditutup sehingga tamat proses pengundian pada 31 Januari 2009.

sehubungan dengan itu, maka proses vote akan di-RESET. kesemua undian sebelum inidianggap rosak dan semua dikehendaki membuat undian semula.

struktur markah undian semula:
  • 6 undi x 10 markah = semua ahli Msjbox aktif (termasuk trials & officials)
  • 10 undi x 4 markah = officials sahaja
  • 6 undi x 1 markah = semua akaun expired
rasional undian semula ini:
kebanyakkan undian yang diterima adalah berdasarkan sentimen semata-mata kerana semua telah mengetahui design yang memperolehi markah tertinggi secara live dan undi yang diberikan bukanlah dari hati sanubari pengundi itu sendiri.

oleh yang demikian, bersama-sama lah kita mengundi semula.. hehe

sekian, terima kasih.

0 comments »