cadangan: draft t-shirt msjbox 2009

Saturday, November 29 Leave a Comment

sebenarnya aku dah lama berangan-angan nak buat design t-shirt baru untuk komuniti Msjbox. dulu buat baju untuk experiment aja. kali ini nak buat betul-betul la.

berikut merupakan idea kasar aku setakat ini.


pandangan dari depan. logo kat belah kanan bawah.



pandangan belakang. logo ada kat atas.


pandangan tepi kiri. logo kat lengan baju.


pandangan tepi kanan. logo kat lengan baju.

material: 100% cotton.
warna: putih

apa pandangan anda sekalian. komen korang mungkin akan di masukkan dalam design layout baju tersebut. namun, final design akan bergantung kepada kos pembikinan.

p/s: gambar baju di atas hanya ilustrasi sahaja dan mungkin berbeza dengan hasil sebenar.

22 comments »

  • Sis Lin said:  

    boss ni komen dr lin je...rasenye cam x sesuai logo tu turun kebwh...rasanye biar la melintang di dada sebelah kiri...dan rasenye lg cun klu bt t-shirt berkolar la boss...klu pompuan pakai nmpk trendy sikit...

  • CT Delima said:  

    JUN..ni komen dari CT lak..logo tu kena wat diatas sebelah kiri jgn besar sgt..tapi kalau dapat buat lengan panjang bagi kaum muslimah mcm kami yg bertudung ler..sopan sikit..bole boss :)Harga biar berpatutan tu yg penting hahaha

  • Topek said:  

    abg jun... logo kat depan tu kalau melintang ok. belah dada kanan. pastukan... belah dada belah kiri leh bubuh nama sapa yang menempah. dah lama topek tunggu baju ni.

    ni cadangan baru dari topek la... lepas buat t-shirt ni, buat baju korporat MSJBOX. designnya leh gune dari T-shirt ni... cumanya gune baju kameja.

  • ILA said:  

    Nmpak sgat kosong ler..Jun!!
    ehemmm!! utk yg pompuan buat le islamik sikit.Yg lengan pnjang kerrr..;) (kenyit mata kat bos)

  • Maryam said:  

    er alang2 ada cadangan lengan panjang untuk perempuan, wat la pilihan yang labuh sampai lutut sama.. :)

  • IamYonna said:  

    bro!
    jangan buat logo ke bawah tu.
    hee sgt huduh :p
    buat je melintang kiri/kanan :p

    lepas tu ade nama!
    wahh glemer tau! :D

  • Along Arman said:  

    jun...
    daripada dibiarkan kosong kat belakang tu, apa kata taruk slogan/moto msjbox..
    takpun taruk design apa-apa yang melambangkan komuniti msjbox...
    suggestion ajer ni.. :)

  • Along Arman said:  

    lagi satu.. :D ngeee...
    lagi cun kalo logo kat depan tu letak melintang kat tengah² dada..

  • Anonymous said:  

    bro, kenapa tak anjurkan aje contest design baju. design plg cntk amik wat baju. buat sistem vote ke bg sume orang2 yang nk membeli ni pilih. cdgn jek. hehehe... :)

  • Memory said:  

    bro aku pon rasa yang bahagian depan tu kalo kebawah mmg tak padan..kalo melintang pon ok jugak..berbanding ke bawah..

  • Anonymous said:  

    Salam Jun.

    Ezza memane pun ok je ni. Tapi kalau logo kat bahagian hadapan tu dibuat melintang dan dicetak kat bahagian bawah ok gak. Jadi, kalau ahli Msjbox yg bertudung pakai baju tu, takdelah tertutup logonya. Kan Jun kan... (^_^)v

  • Anonymous said:  

    Ok ape kalau kat bawah. Tapi kalau kat bawah, jgn kat tengah2. Buat align left atau right. Pastu besarkan logo. Hikhik.

    Kalau teruskan dengan yang ada pun ok gak :)

  • princesslavender3 said:  

    Jun.. aku sokong part adil ckp tu.. buat contest den vote reramai.. so ko pun x pening.. kalu contest xde adiah agak2 ramai joint x eh?? haha..

    Lagi satu.. putih cam terlalu suci la.. nmpk cam kekosongan.. kalu bleh bior berkolar.. hah lg.. lg.. lg.. logo melintang belah kanan bwh tu cam x berapa nk cun sbb aku bleh teleng nk membacanya.. okies bosss!

  • angah said:  

    salam jun..

    angah rs tulisan yang bahagian depan tu terlalu besor kots..kalo kecik sikits ok rsnya n setuju cam princesslavender ckp teleng nak membacanya ehehehehe..


    yang belah belakang tu terlalu kosong sangat rsnya..

    okies tu ajer

  • Wan said:  

    Jun.. i rasa lah kan, buat logo kecik letak kat dada sebelah kiri.. haa.. pastukan, I nak kaler hitam...
    Untuk org yang bulat mcm wan nih, kaler putih akan menampakkan lagi 'kebulatannya..'

    Tak nak org panggil manjalara.. LOL!!

  • cemut said:  

    kaler pink pls.. can?hihi.ermm kaler mesti yg menarik.
    n letak la carton comei2 like 4 ekor lembu ke.. as a happy family

  • Anonymous said:  

    mcm fit je baju ni..kalau perut boroi naya ni..hehe

  • romzi seli said:  

    betol chot. aku rasa, aku sure fail pakai baju ni... menampakkan susuk tubuh aku... hahahha... pengsan orang tengok nanti....

    Jun,
    Aku rasa bagus polah macam contest... kak ya.. kita tanggar sapa yang banyak dapat vote. hadiah, kita berik lah baju ya free kah.... hehehehe...

  • ♥ Hamizah ♥ said:  

    Bro Jun..
    wat la contest design baju...
    pastu pilih 5 yang paking besh...
    pastu wat la poll...
    kita leh vote mana yang best...

    buat pilihan warna ke bro...
    n most important thing...
    kena ada pilihan untuk lengan panjang...

    4 muslim women...

  • Anonymous said:  

    Jun sekadar cadangan jak k!

    Jangan polah logo ya ke dbah! Selauk geruk orang tangar lak. Ada duak cdgn :

    1) Depan = logo melintang paras dada. Jgn terlalu besar.
    Belakang = Weblink ke msjbox

    2) Depan = Msjbox logo kecik sebelah dada kiri
    Belakang = Either logo msjbox besar atau weblink msjbox.

    Anyway, kalau bleh dekan sukut2 lengan ya boh jak! Lak ada orang madah banner bergerak. Mcm baju kompeni aku. Cali jak upa..

  • Anonymous said:  

    Tulisan msjbox yang kat depan tu tak ke bawah tu tak berapa berkenan..
    Elok tulisan besar cam biasa...
    Ke bawah org nak baca berpinau mata..


    Zool ligakampung

  • Nad.is.me. said:  

    BOSS! *ahem-ahem*

    Saya suka bab-bab design ni. Nanti saya design dan tunjukkan kat big boss okay.

    Btw, budget kita memang 100% cotton and white shirt kah? Kalau users are willing to pay more, tak salahkan kalau kita amik kain jenis bagus sikit and warna lain kan?

    Lagipun, kiteorang bila tang pakai t-shirt ni beramai-ramai mesti masa gathering kan. And white adalah sangat tidak digalakan untuk dipakai kalaunya ada activity ke apa-apa.Hok?