Syahdu Aidilfitri 2008

Monday, October 6 Leave a Comment


Gambar selepas bersalam-salam di pagi raya.

Tahun ini sepatutnya raya dirasakan dengan gembira. Namun begitu, kali ini memang terasa kesedihan walaupun nampak gembira. Tapi apakan daya.

"Daripada Allah kita datang, kepada-Nya juga kita kembali"

Al-Fatihah untuk anak kami yang berusia 8 minggu yang telah kembali ke pangkuan-Nya. Dan kami sendiri baru mengetahui perkara ini sehari sebelum flight pulang ke Sarawak.

Pada tarikh 29 September 2008 jam 9.40pm, isteri terchenta telah selamat menjalani "operation untuk mengeluarkan fetus tersebut" selama 1jam di Pusrawi.

P/s: Jika anda bersua dengan isteri terchenta, kalau boleh elakkan dari bertanya khabar berkenaan perkara ini sebab beliau cepat sedih mengenangkan nya.

P/s: Video program BLOG akan cuba untuk di upload tapi tak sure bila. Kalau nak tengok cepat, boleh ke blog kasawari sebab dia dah letak video tu kat blog dia versi RTM.

13 comments »

  • umi_e said:  

    Takziah... semoga kalian berdua akan kuat menerima dugaan dari Nya...

    * yakinlah ada hikmah disebalik kejadiannya... Allah maha mengetahui dan akan hanya berikan yang terbaik buat hamba Nya...

    ** take care...

  • umi_e said:  

    Jun... ni kak e copy paste details transaction baru ni...


    Reference Number : 96065583
    Transaction Status : Successful
    Transaction Date Time : 24-Sep-2008 17:44:08 PM
    Transfer From : 12180054395526
    Account Type : Savings Account
    Transfer To : 01180061405527
    Beneficiary Name : JUNAIDI BIN MUSA
    Amount : RM30.00
    Remarks : msjbox

  • cemut said:  

    TAKZIAH.. BLOM ADE REZEKI LAGI KAN :) COMING SOON ADE LA TU KAN :)

  • Anonymous said:  

    Slm jun,
    Pertama skali terima kasih bagi aku kek serawak yg sedap gile tu..keduanya, sbnrnya aku nak tanya korang pasal benda ni aritu tapi tengok carneyz macam lemah semacam tak sampai ati aku nak tanya..sedihnya aku dengar..takpelah jun, yang penting dia selamat..anggaplah benda tu sebagai ujian dan belum ada rezeki..mudah2an rezeki korang berdua akan bertambah lagi pada masa akan datang,amin..

  • shay said:  

    takziah yerk... banyakkan bersabar... tapi macam mana boleh keguguran yerk...? tak mengapa la... isyaALLAH ada rezeki dilain kali...

  • romzi seli said:  

    Jun,

    Setiap yang berlaku ada hikmahnya dan mungkin masa tok kita belom nampak kenak perkara ya berlaku. tapi, as you know, di Atas lebih mengetahui. Harap ko ngan wife ko tabah dan bersabar. Ko jagalah wife ko benar-benar masa tok, sebab nya perlukan sokongan dari sekeliling terutama ko sebagai husband nya. jangan suruh nya kesunyian gilak dan kalau boleh, happykan nya selalu dan jangan suruh nya bersedih & bersendirian gilak. takut-takut jadi benda lain kelak. ko paham-paham lah eh... dan selalu berdoa kepada Nya semoga semuanya ok.

    finally, takziah dari aku ngan wife atas pemergiannya... sesungguhnya, nya akan menunggu korang di pintu syurga kelak.

  • Masviona said:  

    takziah utk korang berdua

    byk² lah bersabar ye...ingtlah tiap apa yg berlaku ada hikmah disebaliknya.

    tabahkan diri n byk² bersabar...saya doakan kebahagiaan kalian

  • Bat said:  

    Salam Raya Jun, minta maaf zahir dan batin.

    Salam takziah atas dugaan yang menimpa.

  • junaidix said:  

    terima kasih semua. Doakan kami, Insyallah.

  • Anonymous said:  

    Assalamualikum

    Salam takziah dr Skru, Put3 & Keluarga....

  • Anonymous said:  

    takziah jun n akak carneyz..

    aku doaakn korang tabah..

  • NanaNeriza said:  

    salam boz...tuk isteri terchenta gak..
    apa yg lepas, lepaskanlah..insyaAllah lepas ni kebahagiaan berganda pula DIA beri pada kalian...jgn putus asa ok..
    take care..

  • unjudge said:  

    Salam Bos Jun...

    takziah dari Putri utk bos n Wife tercinta... Putri nak kongsi beberapa hadis buat Bos, semoga bos n sis Carneyz sentiasa dirahmati oleh allah swt...

    Dari Khalid bin Maisarah, dari Muawiyah bin Qurra, dari ayahnya, ia berkata: Pada satu hari Rasulullah SAW sedang duduk -duduk bersama para sahabat yang lainnya, diantara para sahabat yang hadir itu ada seorang lelaki yang membawa anaknya, dan anak itu didudukkan di hadapannya. Selepas peristiwa itu anak tersebut meninggal dunia, maka ayah dari anak tersebut tidak lagi datang ke majlis itu, kerana selalu teringat akan anaknya, lalu Rasulullah SAW bertanya kepada para sahabat lainnya: Ke manakah perginya sahabar kita itu, mengapa aku sudah lama tidak melihatnya? Para sahabat menjawab: Ya Rasulullah, anak sahabat kita itu meninggal dunia. Rasulullah pun memanggil lelaki tersebut, lalu bertanyakan tentang anaknya. Lelaki tu memberitahu bahawa anaknya telah meninggal dunia. Rasulullah SAW mengucapkan takziah kepadanya serta bersabda: Wahai sahabat, manakah yang lebih kau sukai; engkau menyenanginya selama hidupmu, atau setiap kali engkau mendatangi pintu syurga, ia menunggumu di sana, dan membuka pintu syurga untukmu? Lelaki itu menjawab: Ya Rasulullah, tentu yang aku sukai dia menungguku di pintu syurga, lalu membukakan pintu untukku. Maka Rasulullah SAW kembali bersabda: Yang demikian itulah yang akan terjadi pada dirimu serta anak kesayanganmu itu.
    (HR. An - Nasa'i)

    "Berilah berita gembira kepada orang - orang yang sabar, iaitu orang - orang, yang ketika musibah, mereka berkata:
    "Sesungguhnya kita adalah milik Allah dan kepada -Nya kita kembali"
    (Al - Baqarah: 155)
    Bos,
    Putri harap dalam masa sekarang, bos banyak berada di samping sis Carneyz.. Kalau boleh, banyakkkan bagi semangat kat wife.. Kata kat dia, Carneyz: Anak kita, Allah swt pelihara dan anak kita yang pergi itu adalah rezeki Allah swt@ Rezeki yang paling hebat, iaitu berupa ahli syurga serta memberi manfaat di akhirat kelak...Kalau ada orang kata, takpelah cuba lagi...takde rezeki...Mesti bos tanamkan dalam jiwa sis carneyz...

    Sesuatu yang hilang pasti ada ganti yang lebih baik..
    InsyaAllah...

    Kepada rakan-rakan semua di luar sana, marilah kita sama2 kuatkan hati, sabar, redha apabila menerima dugaan selagi kita bergelar hambaNYa di muka bumi ini...

    InsyaAllah..., Kesejahteraan kalian, sentiasa dalam doa Putri...
    Wassalam...

    Cheer up All! Wassalam....