DVD program BLOG TV1: Unknown format

Tuesday, October 7 Leave a Comment

KIV dulu posting raya sebab still terasa excited dengan program BLOG malam Isnin lepas.

Ahems.. ekceli aku agak frust jugak dengan DVD nih sebab aku dah tak boleh nak extract video tu untuk di upload ke youtube. Bukan apa, video kat website RTM tu berjam-jam baru dapat dapat nak tengok. Slow sangat. Dah try tengok semalam tapi tunggu 30minit, video baru dapat tengok sampai minit ke 5. adeih.

Singgah sekejap ke rumah Retna untuk ambil DVD tu. Retna beritau DVD ni kosong dan tak boleh bukak kat DVD Player pun. Tapi aku rasa macam tak puas ati jer, sebab tu aku nak test sendiri.


DVD rakaman Msjbox di program BLOG TV1 malam Isnin lepas.


Bukak guna DVD player.. loading..


Dan.. tetiba aja "No Disc"


Kalau berdasarkan "Burn Mark" macam anak panah dalam gambar tu, sepatutnya video tu dah di burn dalam DVD tu. Tapi macam mana komputer pun tak boleh baca.


DVD properties, 0 used spaces! Macam tak pernah digunakan lansung DVD tu. Seolah-olah just beri DVD kosong aja. huhu..

P/s: kepada expertise DVD, sapa boleh tolong nih? cara burn DVD tu salah dan tak ikut format standard DVD atau apakah spesis format DVD yang digunakan ni?

*** Layan jer la ***


Video Credit: RTM

4 comments »

  • Anonymous said:  

    waaaa.. bangga aku jadi pengguna msjbox.. congrats!!

  • Topek said:  

    huhu... tau x pe... punye la lembab nak tunggu load video tu kat RTM online. semalam pun, tercongok kat CC tgk Blog kat websitenye... 1 jam lebih gak ar nak tunggu abis video tu... huhu...

  • Anonymous said:  

    Slm jun, penah jadi kat aku nih..aku rase setting masa nak burn tulah..dulu jadi camni bila aku guna software Roxio or clonedvd nak burn..tapi sejak aku guna nero selesai masalah..ada benda lupa nak tick lebih kuranglah..:)dan memang dvd yg salah burn tu dah tak bleh pakai,hehe..if tak bleh gak mybe player kot..cuba try nero player or flv player,huhu..

  • Anonymous said:  

    Hai Jun, saya baru kat sini... ok pasal dvd tu... Kalau dvd yg dlm gambar yg jun tunjukkan kat arah anak panah tu bukan tanda bekas burn. cuba compare dengan dvd yg baru semua ada tanda macam tu... kalau dari tengah dvd tu tak ada bekas burn ertinya dvd tu kosong belum kene burn lagi.