Biar berpada-pada

Wednesday, September 10 Leave a Comment


Pagi tadi time drive, dengar hot fm. Topik pagi-pagi ni ialah "Pengorbanan" tak kira lah pengorbanan untuk ahli keluarga, cinta dan sebagainya.

So Fafau pun baca email pasal cerita seorang perempuan buta. Dijaga oleh seorang lelaki. Then hari2 perempuan tu berdoa supaya satu hari nanti dia boleh melihat. Dipendekkan cerita, perempuan tu dah boleh melihat semula. Perkara pertama yang dia ingin dia lihat ialah lelaki yang menjaga dia. Sebelum dia boleh melihat, dia telah berkata kepada lelaki tersebut yang dia akan mengahwini lelaki tersebut sekiranya dia boleh melihat semula.

Then apa apabila perempuan tu melihat lelaki itu buta, maka dia berkata dia tidak ingin berkahwin dengan lelaki tersebut. Mendengar perkara tersebut, lelaki itu pun memberitahu perempuan tadi supaya menjaga mata dia sebaiknya.

Maka, ada seorang pemanggil ni beritahu

"Saya rasa lelaki tersebut tidak patut berbuat demikian"

"kenapa?" tanya Fafau

"Iyer la.. kalau lah dia kasi satu mata sahaja kat perempuan tersebut, maka dua-dua boleh melihat. Baru lah adil!" kata pemanggil tu

"Nanti lah saya carik semula email tersebut dan reply cadangan awak tu" kata fafau lagi

P/s:
Aku dengar jer dialog mamat yang call tu suruh kasi satu mata jer, aku dah gelak sensorang time drive! Macam la dia tahu kesudahan macam tu.. :P

4 comments »

  • romzi seli said:  

    hehheee... aku ada dengar juak pagi tek pasal topik ya... benar juak ko padah ya, siapa tauk apa akan berlaku next.

  • junaidix said:  

    romzi,
    ya lah ya.. hehe.. suka ati jak mamat ya padah kedak ya.. hehe

  • Intan and The Boys said:  

    ngehngeh...
    ni rasa macam email tu ciplak dari video clip korea plak.
    kan?

  • junaidix said:  

    puteri,
    ooh.. ciplak dari cerita korea eh? hehe..