TMNet Streamyx - Part 2

Monday, July 21 Leave a Comment

Ingat lagi cerita panjang lebar pasal billing yang still jalan walaupun dah terminate? Bley baca kat sini.

Hari ini aku sekali lagi pegi ke TM Point, Menara TM Jalan Pantai Baharu sebab pagi tu aku ada meeting. Aku pegi sebab nak check, apsal la lama sangat tak pasang-pasang lagik Streamyx aku nih.

Bila aku dah kat kaunter tu, so tanya macam biasa lah, nak check status.

Then orang kat kaunter tu klik-klik, tekan-tekan keyboard.. Menunggu la kejap 5 minit.

So dia beritau yang aku nyer akaun streamyx dah potong. Ekceli tak der term "Transfer" katanya. Biasanya kalau nak pindah, kena terminate kat tempat lama & apply semula untuk tempat baru. erk!

Then aku cerita lagi pasal aku nyer bill adjusment yang dibuat bulan lepas.. then dia kata:

"Ooh.. Bill adjustment tu akan efektif dalam masa 2 bulan. Lepas Bill tu adjust, then baru boleh apply baru"

Aiyak.. maksudnya aku kena tunggu sampai bulan 8 untuk nak apply semula Streamyx kat rumah aku sekarang nih.. huhu.. manyak susah ooo..!

Malas dah. Balik jer la.. huhu..

Nota 18sen:
Kena terus guna Celcom 3G ini lagi.. huhu..

8 comments »

  • Masviona said:  

    eh betol ker camtuh???
    nape saya punya akaun leh jer transfer...memula streamyx kat no telepon A then transfer ke no tepon B...amik masa dlm 3 hari kot...masa proses nih kena gi kaunter ler coz dia ada charge kot dlm bpe hinggit entah dah lupa...tp proses tuh mmg boleh n dibenarkan lah...

  • junaidix said:  

    masviona,
    tu la pasal.. patut nyer tak der la berzaman nak transfer.. huhu..

  • Shaira Nadiah MJ said:  

    Guna Celcom Broadband suda bro, huhu. Sabor je la...

  • Kasawari said:  

    stimex ni mmg susah sket.. macam masuk dalam bubu ikan.. masuk senang.. nak keluar atau tukar2 susah.. he he

    p/s; blog aku rehat jab sempena kenaikan harga minyak.. he he..

  • Anonymous said:  

    teruk la kalo camtu kan.

  • junaidix said:  

    shaira,
    a'ah.. celcom broadband itu jer.. huhu..

    kasawari,
    cuti-cuti blog ke? hehe..

    mm,
    nak wat cemaner.. huhu..

  • Anonymous said:  

    tu ler pasal Am selalu panas hati sahaja kalau call pasal streamyx ni, iklan bagai nak rak services hancur gila

  • junaidix said:  

    am,
    mmg... kalo call helpdesk, macam pegi dengar radio pulek..