,

Madrid Spain Trip (Day 1)

Tuesday, March 4 Leave a Comment

Trip ke madrid ni memang plan yang agak gila2 gak. Ekceli carneyz ada conference kat madrid. Tapi tetiba jer aku mecelah. Pegi ni pun dengan ehsan dia & Liza (kakak dia) yang sudi kasi aku pakai duit dulu bagi pihak aku. Kalo tak, carneyz & kakak dia yg pegi.


Prepare passport & Euro, baju sejuk, glove & tutup kepala!

Kitaorang bergerak dari rumah dalam kul 8.30pm. Nak kena singgah kat rumah Acai dulu kat banting sebab nak tinggalkan keta kat rumah dia. Tima kaseh Acai sebab sudi jaga keta kitaorang tu.

Kitaorang bertolak dari klia dlm pukul 11.30pm (waktu mesia) ke Amsterdam, Netherlands (Holland). Perjalanan makan masa 12jam. Flight KLM yang kitaorang naik tu 2 tingkat (Boieng 747). Tp kami kena duduk kat barisan tengah. Sempit beb! Bila aku try nak lunjur kaki jer kena kaki orang kat depan. Dah la kat seat tu takder tv! Bosan.. Bosan.. Tv mmg ada la tp tergantung kat siling. Sumer orang tengok tv yg sama.


In-Flight entertaiment?!, sedikit makanan,.. part yg last dah tu!

Makan lak, macam biasa2 jer la.. Aku rasa Malaysia Airlines nyer makanan lagik syok. Tak sempat nak amik gambar sgt sebab dah ngantuk. Dan oleh sebab tak boleh nak lunjur kaki sangat, terasa kebas la jugek kaki aku. Kena g jenjalan untuk strech kaki & badan.
Kat dalam kapal terbang.. peace!

Kitaorang sampai ke airport Amsterdam dalam kul 5.30am (gmt-7) dalam kira2 kul 2.30pm (waktu mesia). Dengar dari pengumuman kapten kapal, suhu kat amsterdam 9 celcius! Fuh sejuk tu.. Aku masa nak naik flight dari klia lagik dah pakai baju sejuk siap2.. Hehe.. Aku kan tak berapa byk isi.. Konpem bley gigil nyer!


Transit kat Amsterdam dalam 1jam 30minit jer..

Sampai2 jer terus bergegas keluar. ekceli amsterdam ni transit jer. So tukar ke gate lain lak untuk ke madrid. Flight ke madrid kul 7am (4pm waktu mesia). Tp kat sini masih gelap lg la. Tp sebelum tu singgah sekejap kat toilet untuk buang bahan2 yang tak berkenaan. Then masa bukak paip.. Alamak! Sejuk giler.. Macam air ais! Korang bley bayangkan la air air yang diguna untuk rendam air kotak time kat pd aritu.. Hehe.. Mcm tu la sejuk nyer.. Huhu..


Sekitar Airport Amsterdam

Masa nak pegi ke gate D66 untuk ke madrid tu, sumer orang kena lalu imigresen. Fuh! Punyer la ramai.. panjang giler barisan. Sampai turn aku, cepat aku ajak carneyz untuk check sekali sebab nanti pegawai tu tanyer konpem payah nak menjawab. Aku nyer english ni merangkak2 gak :p Dan mmg betul firasat aku, dia tanyer apa tujuan ke Madrid.. Kasi carneyz jawab then dia just tunjukkan email yang dia dah print siap2 pasal conference tu. So takder byk songeh sgt.


Nak ke kaunter Imigresen, dan kena beratur panjang tuh!


Yeay! Cop international pertama kas pasport aku! Jakun jap! hehe


Tengah kat dalam boarding area.. tunggu last call baru masuk! hehe

Dah lepas dari kaunter imigresen tu, kena lak pegi scan semula semua beg yang dibawak. Termasuk la tali pinggang aku pun diaorang suruh masuk dlm mesin x-ray tuh! Huhu..

Flight ke Madrid lak mengambil masa 2jam dari Amsterdam. Tapi kali ni kapal Boeing kecik. Takder la kapal terbang dua tingkat mcm dari KLIA ke Amsterdam tadik.


Kat luar tingkap.. dah nak sampai.. benua Eropah tuh!

Dlm flight tu, kapten announce yang kapal terbang tengah lalu atas Paris, Eifel Tower semua. Tp bila aku tengok kat luar tingkap.. Hampes.. Tak nampak lak Eifel Tower tuh.. Huhu..

Dlm flight ni diaorang hidang roti. Tu jer. Pastu air teh, kopi, coke.. Boleh pilih la yg mana suka. Aku hentam kopi jer..


Makanan ringan dlm flight ke Madrid.. roti telur jer!

Landing kat madrid dlm kul 9.30am (waktu Madrid). Tapi sebelum tu kapten sekali lagi wat announcement kasitau yg cuaca kat spain mendung & suhu 8 celcius! Mak aih.. Lagi sejuk dari Amsterdam!


Nampak jambatan aper ntah!.. Dah sampai.. yeay! baru lepas ujan!


Kat airport Madrid, Spain.. akhirnya..! hehe..

Sampai2 jer kat airport Madrid, kitaorang masuk mcm tu jer.. Impresif! Tapi, masuk2 jer sumer kompius.. Cemaner nak g hotel nih? Satu jer kat sini.. Maps semua dlm Spanish! Kalo korang nak cakap english, diaorang mcm nak tak nak jer jawab.. Mcm jepun la.. Kita kena belajar bahasa diaorang.. bab ni yg payah sikit. Last2 tourist counter nyer orang tu kasitau naik teksi jer la.. Maka naik teksi la kitaorang berempat. Smp kat hotel dlm 18euro la jugak.


Tengah blur kat Tourist Counter.. last2 naik cab jer!

The moment keluar jer dari airport, terus kesejukan melanda.. So kalo korang cakap pun mulut keluar kabus mcm dlm citer winter sonata! Jakun jap.. Hehe.. Tp mmg sejuk oooo... Ekceli kat dalam airport tu diaorang pakai heater. Kalo kita kat mesia guna aircond untuk sejukkan dalam bangunan, diaorang kat sini guna heater untuk panaskan bangunan. Tu yg tak sejuk sgt time kat dlm airport tu.

Sampai kat hotel, check-in, then kitaorang pun mandi-manda.. Seb baik ada air panas.. Kalo silap bukak kena la air ais! Hehe.. Gigil jap ;p


Check-in ke bilik hotel..

Lepas mandi & rehat2 jap, sumer plan nak g jenjalan. Memula nak g carik tempat conference.. Tapi rupanya dekat jer.. Jalan kaki pun boleh. Ini pun tau dekat sebab taxi driver kat hotel tu drop kitaorang kt depan bas stop betul2 kat depan hotel tempat conference tu.


Bilik air yang kosong! Seb baik bekal sabun.. huhu..

Kat bas stop tu, kitaorang sumer blur. Nak naik bas no berapa & ke stesen mana. Then aku pun tengok la betul2 info kat stesen tu.. Wat2 paham jer sebab sumer dlm bhs Spanish. Bila aku tengok semula map train Metro diaorang, kebetulan ada satu persamaan.. Avenida de america! Ya betul.. Itu lah stesen yang kitaorang patut pegi. Tapi nak naik bas no berapa pun tak kesah sebab macam sumer menuju kat situ. Then main naik jer la.. Bayar 1 euro sorang.


Direction nak naik bas dalam Spanish!


Sampai jugak.. Av America.. So beli tiket Metro

Dah sampai ke Avenida de America, kitaorang kompius lagi. Cemaner lak nak g city center.. Nak naik train no berapa.. Tengok nyer tengok.. Maka akhirnya sumer ikut train line 6 dan line 1. Turun kat stesen Sol.


Kat depan Stesen Metro Av de America

Kat madrid ni, ader byk line Metro. Macam kat KL ada 3 jer.. Star, Putra & Monorel. Tapi kat Madrid diaorang ada satu nama iaitu Metro tapi ader 12 line. Kena pilih la line yang mana satu sesuai. Dan yang penting, berapa banyak exchange yang di ambil, harga one way hanya euro 1! Impresif!


Nak pegi naik Merto nih.. isk.. isk..!


Dalam stesen Metro Av De America


Biler la Metro nak sampai! hehe.. akhirnya..

Dah sampai kat Sol, then mmg betul punyer la ramai manusia.. Dan sejuuuuuk! So kitaorang pun mula lah sesi bergambar.. Snap kat situ.. Snap kat sini.. Snap kat sinun! :p


wahai manusia.. apsal korang ramai sangat aar!


Snap..! Snap..!


Snap..! Snap..!


Kat sini pun ader KFC! Masuk satu restoran tapi tak kena layan.. blah jer la..!

Dah lapar la pulek.. Ni bab yang paling susah jugek.. Aku tak reti sangat bab makan kat sini.. So aku serahkan kat isteri terchenta wat choice.. Sebab dia dah ader experience g kat Paris.. So bley la dari x der experiences lansung mcm aku nih.. Dan at the end kitairang singgah kat satu kedai Kebab Istanbul. Bila ditanya "halal", dia kata ya.. So kitaorang pun ngap jer la.


Istanbul Kebab

Dah setel makan, kekonon nyer nak pegi carik souvenir & naik Madrid Vision. Beli souvenir awal2 sebab nanti takut tak sempat sebab conference. Then kitaorang pun jalan main redah jer.. Takder klu nak pegi mana dan dari mana.


Kat lorong sebelah Opera

Kitaorang patah balik ikut Sol sebab kat situ orang ramai sikit. Then jalan lagi.. Jumpa satu kedai sovunir.. Dan terus beli sovunir kat situ jugak. Dan setel, nak keluar dari kedai ari lak ujan! Uuu... Sejuk!! Kensel plan nak naik Madrid Vision. So sumer pakat nak balik & rehat sebab penat. W/pun jam kat madrid baru kul 6pm, tapi kalo waktu mesia dah pukul 3pagi! Tu la yang dikatakan jet-lag.. Badan yg sepatutnya dah tidur nyenyak atas katil, tapi masih lagi berjalan2..

Very the penat!

18 comments »

  • Anonymous said:  

    hehehe.. seronok bace your story kat madrid ni.. madrid mmg best.. aku kat sane 1 hari je.. 1 hari cover the whole city.. penat gile beb.. huhuhu.. sempat tak gi andalusia??

  • junaidix said:  

    jhaz,
    andalusia? cam tak tau pun :p hehe.. tu pasal tak pegi kot.. adeih..

  • ILA said:  

    so EXCITEDDDDDD!!!!!
    mghayati jln crita kau ni..seolah aku joint sekali..
    malah aku turut jakun sekali lah bosss..hahahaha!!!

  • Azhar Ahmad said:  

    Uhuhuhuhu, seronek seh gi Spain... hummm... Apapun, dengan rasa tak malunya....

    "Weiihhh, nak la sobenir dari Spain"

    Hahhahahah.....

  • junaidix said:  

    ila,
    mmg konpem jakun gak.. hehe

    azhar,
    adeih.. sovunir dari spain aku beli sikit jer sebab bajet sikit ooo.. huhu..

  • Carneyz said:  

    Andalusia tu jauh... kat tempat lain dlm spain :p heheh... mana sempat nak pergi dgn bajet ciput ;) apapun, tetap sonok memaksa suami terchenta ikut gi spain. last2 dier lagi enjoy sbb abiskan masa jenjalan manakala isteri terchenta attend conference :p

  • what everr said:  

    Korang bley bayangkan la air air yang diguna untuk rendam air kotak time kat pd aritu.. Hehe.. Mcm tu la sejuk nyer.. Huhu..

    huuuuu kalo setakat sejuk rendam air kotak tu xlaa sejuk mana boss oioiii..
    huhuhuiii best nyerr dpt berjln ke tempat org..sure best kan mulut kuar asap yg sejuk itue..huhuuuii saya sungguh jeles okey~

  • junaidix said:  

    mika,
    uish.. tak sejuk eh? kalo setakat celup tangan mmg la tak sejuk! hehe..

  • Anonymous said:  

    heheh.. negeri andalusia tu mmg jauh pon dari madrid.. naik keretapi 6 jam.. heheh.. tu la tempatnye kerajaan Islam yg agung masa tahun 700-1500 M dulu.. anyway, great trip!!! tak sabar nak bace yg Day 2 punye.. huhuhu

  • Acaii Jawe said:  

    jun, thanks for sovonir tu,hehe..:) dah kat kunci aku skrang,hehe..:) waaa, ebst giler kat sane, nnti kalau aku gi sane aku ajak kolah plak,hahaha..:) aku tunggu sambungan cite nih,kekekeke..

  • junaidix said:  

    jhaz,
    adeih.. terlampau la jauh untuk bajet yang telah abis untuk beli tiket kapal terbang jer.. huhu.. tengok gambar jer bley? :P hehe

    faisal,
    baik ko ajak wife (biler eh?) nanti lagi syok men kejar2.. men dayung2 sampan.. hehe..

  • Tirai Hidup said:  

    junaidix dan carney,
    Hampa dua ni memang la banyak pitih kelate kata!Asik jalan makan angin jer..so bila nak buat gath kat Sungai Petani ke Parit Buntar ke atau penang sekali lagi aku nak join sure jika dalam cuti sekolah!

  • junaidix said:  

    tirai,
    tak der la byk pitih :p carneyz nyer trip tu company dia nyer seponser.. aku jer yg kena seponser diri sendiri.. huhu..

  • rasso said:  

    bestnye... uhuhu...
    we want more gambar :D

  • junaidix said:  

    rasso,
    dalam proses.. hehehe

  • aria ayumi said:  

    huwaaa beshnye jenjalan kat madrid! sejup tak?

  • junaidix said:  

    aria,
    konpem la sejuk.. tu yang pakai baju sejuk tuh.. huhu..

  • ask me said:  

    xmadah ngn urg pon pegi luar tanah melayu tok...
    tgga2 kat blog dah lepas g spain da...
    neytauk pat join skali...
    kah3