Madrid Spain (Day 2)

Saturday, March 8 Leave a Comment


Video hari sebelumnya dalam perjalanan pulang ke hotel.

Malam hari kat madrid mmg sejuk! Oleh sebab terasa sejuk, aku pun "ON" la heater kat dalam bilik. Tak lama kemudian, carneyz lak ngadu panas.. So kitaorang tutup heater, then bukak tingkap kasi angin sejuk masuk.. Natural aircond katerkan.. Sekejap jer.. Then sejuk la bilik tuh. dalam kul 4am (11am mesia) mcm tu mata aku dah tak bley tido lagik.

Bangun... Layan tv bahasa spanish! Hentam jer la.. Tengok gambar jer.. Hehe.. then tak lama kemudian, carneyz lak bangun.. Aku dah siap2 mandi sumer. Maka.. Proses planning untuk trip petang lepas waktu conference pun dimulakan.. Sampai la waktu subuh. Kat sini subuh dlm kul 6.30am.Kiblat ke arah timur. Yg ni aku dah check siap2 kat internet, then kat sini just pakai compass jer. pegi turun sarapan, then carneyz pun pegi conference.


Minum pagi, then keluar pegi stesen bas

Aku memang sengaja turun lambat sikit. dlm kul 9.30am, aku pun mula melangkah keluar dari hotel.. Dengan satu matlamat.. Mencarik stadium real madrid! Hehe.. Rugi tak pegi..


Posing kejap.. hehe.. then lalu atas jejantas.

Dah alang2 kat sini.. aku jalan kaki ke stesen bas. Dlm 10minit gak la..Sampai ke stesen bas, tunggu bas jap. Kat sini bas kejap jer. Aku tunggu tak sampai 5 minit bas pun dah sampai. Meby sebab arini hari isnin. Orang ramai g keja.. Tu yang vas cepat sikit kot. Bila aku masuk bas dan aku pun kasi tau..

"avanida de amarica.." sambil menghulurkan 10€.

"#+!7\-_@1€&=+-?" tanyer driver bas tu..

"no" jawab aku selamba jer.. Aku tak paham sepatah pun driver bas tu cakap per..

Tapi aku agak dia tanyer pasal duit kecik kot.. Hentam sajalah.. dengar aku jawab macam tu, dia pun terus print tiket & kasi baki.


Jalan jem jugak kat madrid nih.. highway tuh! then Salida tu maksudnya "Keluar"

Hmm.. Betul la kot dia tanya pasal duit kecik :p ikut plan, aku kena naik metro line 6 ke Neuvos ministerious. Then dari situ, aku kena exchange ke line 10 ke santiago bernabeu. sampai ke santiago, then aku pun keluar..


Estadio Santiago Barbenue.. Akhirnya!

Then terus nampak stadium real madrid! Dlm hidup aku mmg tak penah termimpi nak pegi ke stadium real madrid nih.. So aku pun snap.. Snap.. Dan snap lagi. then aku pun pegi dekat ngan stadium tu konon-konon nak carikk angle yang best sikit untuk bergambar kat tepi stadium tu. Jalan nyer jalan..

Aku ternampak lak papan tulis "Tour de Santiago". Dlm hati aku, ni sudah bagus. Then aku puin puising la stadium tu nak carik kaunter jual tiket. Sekali tempat jual tiket tu kat tempat yang aku memula sampai tadik.. Huhu.. Tawaf stadium jap.. sampai kat kaunter, aku tanya berapa harga tiket untuk tour tu..

Then tanpa fikir panjang, tiket harga 15€ tu pun aku beli.. Maka berjalan dlm stadium real madrid la aku ini.. Hehe dalam tour aku tu, ader byk jugak la gabar yang aku ambil.. Termasuk la video tempat2 yang aku lalu dlm tour tuh.. Aku rasa ada la dalam 30minit kot. Aku tak reti sangat nak citer pasal real madrid nih..


Tiket Tour & berbaris untuk masuk


Dari atas stadium..


orang tengah wat keja.. baru lepas match malam tadi.


ramai gak orang lain yang pegi..


sebahagian dari koleksi piala


panorama dalam stadium..


bergambar lagik.. hehe


lepas match memang cam ni pun..


ada tempat tak bley lalu..


jadi player jap..


press conferences..

Dah abis tour stadium tu, then aku pun terus pegi ke plaza de espana. Pun guna line 10 jugak. Kat situ aku nak survey tempat2 yang carneyz dah tanda tempat yang kena pegi arinih. Dari stesen espana tu, aku redah jalan nak pegi carik Temple de debad. On the way nak pegi tu jumpa lak Cadarso.. Erm.. Mcm public nyer tempat gak la.. Tp cun gak.

Lepas tu aku redah lagi.. Sampai la jumpa temple tu. Dah setel, then redah pegi carik Palacio Real (Real Palace). Ekceli lepas jumpa palace ni, aku dah rasa penat kaki. So aku ingat nak balik dah nih. So aku pun mencarik stesen metro terdekat ngan area tu. So redah lagi pegi ke Opera. Sekali dah sampai... Ek eleh..

Rupernyer tempat yang kitaorang dah siap snap2 gambar.. Maka otomatik aku teringat kedai kebab yang aku makan semalam.. Maka berenti rehat la dulu.. dah ilang penat sikit, so aku pun nak pegi mencarik beruang yang jugak ada kat area Sol. Dah tu aku teruskan lagik mencarik Plaza dela Cibeles, Plaza Independencia.. Dan last sekali taman avanida de mejico! Fullamak.. Best la taman nih.. Ader tasik lagi.. Aku jalan satu pusingan, then aku pun nak balik ke hotel tempat carneyz conference. macam biasa, balik guna metro ke avanida de amarica semula.

Then aku pun beli tiket bas.

"Al-Cala" sambil tunjuk kat bas no 223 yang aku naik semalam dan kasi duit 2€

"!§#*&!" kata penjual tiket tu

"huh!" aku wat muka kompius.

"*#!#@!" sambil tunjuk tiket

"Ooo.." aku cepat2 keluarkan duit lagi 10sen.

"macam mana bley jadi 2.08€ ni?" bisik aku dalam hati.

Semalam aku naik bas yang sama tak sampai 1€ pun. aku malas nak banyak soal.. Lagipun tak reti nak soal dalam bahasa spanish. Diaorang ni bukan nyer nak cakap english pun.. Tak per la..
Huhu.. Aku amik tiket dan terus naik bas! Rugi aku 1€ .. Bley wat tambang metro tuh!

Sampai kat tempat carneyz conferences, so kitaorang terus keluar semula ke bandar untuk pegi ke tempat yang aku dah survei tadik.


muka ceria lepas keluar conferences


kat depan Plaza de Espana


Mto a Cenantes.. betul ke eja nih?


erm.. monumen apa ntah nama nyer nih..


Templo de Debod


on the way ke Palacio de Real.. dan dah sampai pun


banyak patung-patung.. raja-raja terdahulu



kat depan Plaza de Oriente.. still kat depan palace


dah on the way balik.. kat depan Oso y Madrona (beruang tu la.. hehe)

so, tu la perjalanan hari ke-2 kat madrid nih..

3 comments »

  • ask me said:  

    fuyooo...
    besh eh....
    i wish i can be there...
    huhuhu

  • Anonymous said:  

    jeles ler pulak Am tengok ni hehehe

  • junaidix said:  

    ask_me,
    ya lah.. kelak kau dapat juak pegi bah.. hehe

    am,
    tengok gambar pun terasa macam pegi jugak kan.. hehe