Dah sihat

Thursday, November 1 Leave a Comment

Pagi semalam memang agak hari-biru sedikit.

Carneyz kata dia sakit perut. Aku ingatkan sakit perut cam gastrik yang sebelum ni jer.. duduk kat rumah jer ok.. so aku pun pegi keja cam biasa. Tapi sebelum aku terus pegi keja, aku renew roadtax motor aku yang dah 3 bulan KO.  

Lepas setel keja-keja renew roadtax kat pejabat pos gombak, then mak carneyz suruh balik sebab carneyz sakit perut teruk. so dengan laju aku pecut balik. seb baik dekat area gombak lagik.

Sampai jer kat rumah, dia dah sakit perut melampau . so pegi klinik kat area gombak permai. tapi orang kat klinik tu wat cam tak der apa2  berlaku jer. aku dah cakap nak jumpa dokter terus sebab sakit teruk .. tapi kitaorang still kena ikut giliran cam orang lain. tak emergency lansung. dah la wat muka tak bersalah lak tuh.. geram aku..

Dah 15-20minit kitaorang tunggu baru la doktor tu check carneyz. Dengan muka seposen jer kata.. masuk angin kot.. bla2.. bla2 lagi.. hampes.. seb baik la dia dokter.. so aku pun tak puas ati so bercerita la yang dia ada sakit perut cirit lagi pagi tu. then baru la dia macam bersungguh-sungguh sikit nak check. Baru dia kata ada food poisoning. Then dia kasi injection .  

Lepas injection, rawatan tamat. so kitaorang tunggu lagik kat dalam bilik rawatan sebab carneyz still sakit perut terlampau.. then.. lepas tu carneyz muntah segala macam isi yang dia makan tengah hari semalam. Lepas muntah tu baru sakit perut kurang. Then baru dapat berjalan nak balik.. sedih tengok isteri terchenta sakit macam ni. sebelum ni sakit gastrik biasa2 jer.. makan ubat then sakit kurang..

Dah sampai rumah, aku wat bubur nasik untuk dia makan sebab tak bley makan benda yang keras2 sebab perut tengah sakit. Lepas makan bubur, then makan ubat. Then dia pun terlantar untuk berehat.

Dah petang, sakit perut dah kurang. Tapi kepala & badan pulak jadi panas. Demam  pulak. Pakai kool fever tempek kat dahi cam aku pakai dulu tu. huhu..

So pagi ini, Alhamdulillah.. dia dah sihat. Panas badan pun dah tak der macam semalam. So hari ni pegi bekerja macam biasa.

p/s:  

3 comments »

  • YatT'S said:  

    fuh aku tau cam ne carneyz rasa..
    aku kena dah dulu masa raya thn lepas.. 4 hari tak makan.. hanya makan ubat ngan air puteh je..
    masuk je ape makan misti muntah balik... aku pun kena sedas injection.. kalau buleh tak mau dah kena lagi mcm tuh..

    alhamdulillah sihat dah ye si carneyz.. insyaallah aku datang umah korang nanti masak sedap2 hehehehe

  • killelle said:  

    eh lama aku tak menjenguk ke sini.. selamat hari raya!

    aku kene camtu jugak masa bulan posa arituu.. kat ofis masa tuu.. perut rasa lain macam.. masa jalan nak ke toilet tu tetiba rasa pening nak muntah. hampir2 nak jatuh pengsan. bila pejam mata nampak bintang. paksa gak bukak mata.. ohh.. ku gagahi juaa.. takmo termuntah dlm ofis.

    sampai ke toilet, aku lepaskan semua. ko bayangkan laa macam mana seksanya bila terpaksa muntah sambil uk uk.. ciissss!!! dah keluar semua isi perut baru lega. tapi lega sementara aje. 2 hari lepas tu baru sihat betul.

    baca entry ko buat aku terpikir.. kata laa 1 hari nanti aku sakit macam carneyz, agaknya laki aku akan jaga aku macam ko jaga carneyz ke tidak..

    aiii bertuahnya carneyz..

  • striker said:  

    alhamdulillah.. kak carneyz da sehat =)

    p/s: apa? xde eh? XD