Break Down!

Thursday, November 15 Leave a Comment


tempat coil motor yang dah dibukak. Siap tumpah-tumpah lagi minyak hitam tu.


Dah bukak, nak kena solder pulak coil motor yang baru.


sebelum nak pasang coil yang baru, kena cuci dulu kat tempat tu dengan minyak petrol dalam tank minyak tuh!

Begitulah permulaan hari yang sungguh tragis sekali! Semuanya bermula selepas aku hantar isteri terchenta kat opis. Then lepas tu aku pun memecut laju seperti biasa ke federal highway ke petaling jaya. Then masuk highway LDP. Then anik U-turn nak masuk Giant..

Then.. dengan tak semena-mena.. motor pun tak mengeluarkan bunyik lagik! Maka.. tersadai la di tepi jalan yang jem itu. Start lagi.. tak nak hidup.. start lagik.. tak nak hidup jugak.. aku pun macam biasa.. tolak jer..

Tolak kat tepi jalan yang agak lengang sikit.. then aku pun mengoperate la motor itu dengan menukar spark plug. dah setel proses tukar2 tu, then aku pun try start lagik.. tak nak hidup la jugek.. maka menolak la lagi..

Menolak la motor itu sampai ke dataran glomac. penat wei tolak motor! dah berpusing-pusing la mencarik bengkel motor. mujur la ader sorang pakcik nih,, dia yang kasi tau lokasi bengkel motor kat area tu.

Jam dah kul 10. Motor duk tengah operate lagik. dah tak bley nak wat ape2 dah kecuali menengok mekanik tu wat testing. Memula dia test spark plug. then dia test wayar yang bersambung kat spark plug. then dah tak bley jugak, dia terus wat kesimpulan mesti coil motor yang rosak. so dia terus wat operation untuk menukar coil motor tu. (Gambar kat atas tadi tu la..)

Dah setel tukar coil, then motor dah idup balik.. tapi poket aku pulak yang kempis.. dan semakin kempis! Rm85! uhuks.. uhuks..! sabor jer la..

p/s: asam garam naik motor, sekali sekala mesti kena tolak motor gak!

0 comments »