Half-Day

Thursday, October 4 Leave a Comment

#1: Astro
Minggu lepas, aku nyer astro kat rumah kong! balik kat rumah tengok2 astro "Service not available" .. erk! terus call astro.. aku saspek bill tak bayar (mmg belum bayar lagik pun!) tapi akaun still aktif! then dia suruh check satelite signal.. then suruh reset setting ke default.. pun samer gak! then dia kata nak hantar technician.. rm50! gulp! huhu.. maka..

Technician tu datang hari sabtu.. then dia duk pusing2 satelit tu.. then sorang lagik dok tukar motherboard astro decoder tuh! claim warranty katanya.. so instead aku kena bayar rm50, tapi dia kata tak yah bayar apa2 sebab dia akan claim dari mother board tuh! uiks? boleh cenggitu? mesti lagi masyuk nih :p hehe.. setel astro

#2: Cuti
Walaupun aku nyer tiket balik kampung dah beli siap-siap 2 bulan yang lepas tapi aku nyer cuti tak mintak lagik. hehe.. dapat ke tak dapat ke cuti aku balik gak! muahehehehe.. baru jer send isnin lepas. senyap jer.. approved ler tu (kebiasaannya) :D

#3: Msjbox
Minggu nih minggu yang kureng sihat bagi komuniti Msjbox. Hari ini jer ader beberapa orang konplen tak dapat nak access & send mesej kat Msjbox. Tapi kejap boleh.. kejap tak boleh pulek.. magic tul.. so aku dah check server, revert koding yang aku tambah & aku dah wat posting cara-cara nak check connection dari pc korang ke server junaidix.com tu. :)

#4: Half Day
Aku keja separuh hari jer arinih.. time aku taip ni aku dah kat rumah dah pun :p ekceli carneyz kata dia sakit kepala.. gastrik. so aku kena hantar dia balik dan bawa pegi klinik. check.. dah tau dah gestrik.. amik ubat dan balik. tapi time dah kul 2.30.. aku balik opis dah kul 3pm tapi oleh sebab risau akan carneyz ini, maka aku pun amik emergency leave separuh hari.. so bercuti la aku separuh hari ini! :p

0 comments »