Cuti-Cuti Merdeka

Thursday, September 6 Leave a Comment

Dah lama aku tak balik kampung semenjak bulan 12 tahun lepas. Almaklum la.. lepas cuti panjang.. so cuti pun dah abis la jugek.

So kali ni aku amik peluang cuti merdeka ni untuk balik kampung jenguk mak dan orang-orang kat rumah.

Naik flight kul 5.35pm.. dah penat berkejaran pegi kat lcct sekali flight retime jadi pukul 7.40pm pulek.. adeih..

Sampai jer kat ke kampung, sekali mak beritau ader orang jemput pegi kenduri. Sabtu petang pegi tolong orang prepare untuk kenduri malam tu. Malam nya pulak pegi jenguk kazen aku yang kawen seminggu lewat tapi dah ader anak. Tak cukup bulan. 7 Bulan. Kecik jer. 1.9 KG. Macam tak percaya jer..

Miftahul Jamilah Binti Rajiman (1 Bulan)

Dah tu esok nyer pulek sepatutnya kitaorang kena pegi kenduri, tapi tengah bersiap-siap.. tengok jam dah pukul 11am. Majlis pun dah abis. Maka.. kensel. Pegi kat rumah nenek belah bapak kat kampung sindang. Lepas tu kitaorang gerak pegi Kuching Waterfront sebab ader Regatta (Lumba perahu la.. )

Balik rumah, aku pegi menyakat kucen la pulek :p

Kucen yang tido.. hehe..

Isnin, kitaorang balik ke kl. Flight delay. Dari pukul 7.40pm jadi 8.15pm. Sabmil tunggu, carneyz update blog dier :)

Peace!
Dah sampai KL, hujan lebat gilers! Sekali tak dibenarkan keluar. Kena tunggu sampai hujan teduh! Sampai bila nak teduh! Dah 30minit.. ujan still lebat! Hampes tul.. walhal ader payung! Orang dah merungut.. last2 diaorang kasi payung. Kalau dari awal kasi payung kan senang!

AirAsia new Tagline: "Asal Selamat Sampai!"

5 comments »

  • uMIe MieSYa said:  

    Miftahul Jamilah... cantiknya nama baby tu.. Walaupun dah sebulan umur dia, tapi masih nampak kecitt.. kenapa ko tak panggu baby tu jun? tak berani ek :p hehehe

    Tapi aku pelik la.. macamana kucen tu leh tertido atas kaki ko tu. tak sakit ke badan dia sbb rasa tulang je kan :)) hahaha...

  • Carneyz said:  

    Umie:

    Umur dier baru 2 minggu ekceli :) Tapi dia lahir tak cukup bulan... tak sabar2 nak keluar, sambut merdeka kot :p

  • Azhar Ahmad said:  

    Huhuhu, teringat naik air asia ke kk. Takleh kuar gak, bahkan melencong. Katanya, KK nyer takleh turun, taufan. Turun kat mana tah, pasnu naik bas reramai ke KK,... Delay 3 jam huhuhuhu

  • junaidix said:  

    azhar,
    lagi dahsat pengalaman ko tuh! huhuh..

  • Anonymous said:  

    salam syg utk "Kunci Kecantikan" muaaahh muaahhh...