Tweaking Vista Boot

Wednesday, August 22 Leave a Comment

Ini kira dah kali ke-2 aku install windows vista kat inspiron aku nih. malang sungguh sebab ader windows vista yang banyak problem ini.

windows vista ni bagus dari segi interface, tapi bila time nak "ON", loading bukan main lambat macam siput.. siput nyer jalan lagik laju dari vista nih.

selepas aku mencarik kat internet, ader banyak jugak la orang komplen pasal loading yang lambat itu. Berikut ni adalah cara-cara yang aku dah experiment kat Inspiron aku :)

Tips #1:
1) bukak command prompt, then taip "msconfig" dan tekan enter
2) so korang akan dapat satu window "System Configuration"
3) Klik kat tab "Services" then untick/unselect "Server" dan "Apply"
4) Restart windows.


Contoh "System Configuration" untuk Vista.

Lepas restart, sepatutnya vista akan boot dengan lebih cepat dan mesra alam :)


Tips #2:
1) Oleh sebab aku nyer laptop ni jenis Dell Inspiron, maka dia ada satu program "Intel Matrix Storage"
2) Aku just unistall jer program tu sebab program tu akan menyebabkan loading untuk driver yang dinamakan "iaStor" tu error atau hang.
3) lepas tu aku restart macam biasa.

untuk nak tengok apa problem komputer korang time dia boot, korang boleh bukak Control Panel -> System Maintenance -> Administrative Tools -> Event Viewer -> Windows Logs -> System. Kat situ boleh tengok program apa yang menyebabkan error :)

Dan lagi satu, Inspiron aku tu Dell kasi McAfee antivirus. Tapi bila aku install McAfee tu vista aku pulek menjadi lembab especially nak start windows tu selepas login. So aku pun tak nak pakai then aku just pakai Avira jer. Ringan dan selamat.


Tengah install Avira antivirus!

Setelah aku buat semua tu, then sekarang ni Alhamdulillah, Inspiron aku dapat la menyumbangkan inspirasi untuk aku start koding semula Msjbox aku yang dah lama ketinggalan itu :p

1 comments »

  • Acaii Jawe said:  

    ahaha, rajin ko golek2 laptop baru ko nih jun,hehee...kalau opis punye lantak je aku,hehee..:) tapi mmg betul yg services tu, aku dah matikan lama dulu,huhu