,

JB Trip

Thursday, August 2 Leave a Comment

Pertama:
Salam Takziah untuk Meera sekeluarga atas pemergian abang tersayang semalam. Aku tak dapat nak pegi jenguk kat HKL. Apa pun diharap Meera lebih tabah menghadapi dugaan mendatang. Amin. Al-Fatihah.


Kedua:
Aku sekarang tengah berada kat JB. Time aku menaip nih, penat drive dari KL tak habes lagik. Kitaorang bertolak dari rumah dalam kul 6.30am. Keluar awal nak mengelak jem kat bandar KL tuh! So sampai kat JB dalam kul 10am. Tak der la laju sangat aku bawak. Cukup setakat memotong semua kereta mercedes yang parking kat tepi jalan! :p

Aku akan lepak kat JB sampai Sabtu. Petang sabtu tu akan drive balik semula ke KL selepas event yang Carneyz handle kat sini dah setel. Aku tumpang2 jer cuti2 mesia! :)


Ketiga:
Buat Sheda & Husband, dan geng2 Msjbox lain yang pegi Genting nanti, sorry tak dapat join korang semua naik genting minggu nih! huhu..

0 comments »