Cerita dari JB

Tuesday, August 7 Leave a Comment

Cerita dari JB

cerita 1:
kesian kat isteri terchenta. event nak buat tu pertandingan melukis & mewarna untuk kanak-kanak. aku tengok dia handle event tu pun penat, apatah lagik dia yang handle event tu sendiri.

datang untuk handle event tu start dari hari Khamis lagi. Kalau ikutkan seminggu nak kena duk JB tuh. Tapi sebab ada byk keja kat KL, sebab tu la hari Khamis baru pegi JB.

Tekanan semakin memuncak pada malam sebelum event. Semua orang duk sebok buat keja-keja last minit sebelum event start esok. Aku sendirik pun kena angkut masuk opis jugak untuk tolong dia buat keja tu. Adeih..

Bila aku masuk kat opis diaorang, aku mula dengar diaorang cerita sesuatu yang tak best pasal pengurusan kat situ. Tak pasal-pasal isteri terchenta kena marah sebab orang lain tak buat keja. Atau pun dia sendiri (pengurusan tu) tak alert yang esok ader event melukis, boleh jugak dia kata kenapa tak hapdet kat dia.. tak patut.. tak patut.. aku rasa kalo kapal terbang jatuh pun meby dia buat tak tau jer sebab staff tak alert kat dia sebab keja pengurus hanya duduk dalam bilik sambil baca email.

comitee yang handle event pun tak nampak muka time aku masuk kat opis tolong buat keja malam tu. ingatkan semua orang ader sebab last minute setting untuk esok nyer.

malam tu jugak, wife terchenta kena sort pasal list orang yang dah bayar ke belum. check area yang boleh guna then area yang tak boleh guna. bagi aku tugas ni keja pengurusan sebab dia lebih ada power dalam hal cenggitu. ni suruh isteri terchenta jugak kena check. kalo salah, marah. tu jer la. seponser pun isteri terchenta jugak nak kena carik. print poster. paper bag. dan macam-macam lagik.

dari sini aku nampak: isteri terchenta buat keja comitee, urusetia, decision making, fund raiser and lastly kena jawab satu soalan "so, how is everything?"

p/s: kalo aku pun keja kat tempat cenggitu, konpem.. konpem.. lepas event tu jugek aku berenti keja! tak pun berenti keja sehari sebelum event tuh! kijam.. kijam..!


cerita 2:
kitaorang sampai kl kul 8pm. lepas event kat jb tu habes dalam kul 3pm, so lepak2 kejap then terus drive balik KL. malam nyer isteri terchenta jatuh sakit. migrain. pegi la jumpa dokter. aku mintak mc bagi pihak dia sebab dia sendiri tak nak mc. maka dokter pun kasi mc untuk isnin (semalam la tuh).

then pagi isnin tu, boleh pulek la isteri terchenta nak pegi keja. meeting. sabor jer la.. rasa nak gigit pun ader :p dah tau sakit nak jugek pegi keja. biar la atuk-atuk tu wat meeting tu. huhu..

tengah hari, aku hantar dia balik rumah. tak sempat nak lunch sebab jauh jugek dari rumah nak ke opis. tak per la..

p/s: lenkali kalo dah mc, buat cara orang mc yer ( pesanan ini ditujukan khas buat isteri terchenta yang tengah dok baca entry ini yer :p)


cerita 3:
dah penat taip ni wei.. nanti sambung lagik.

7 comments »

  • Carneyz said:  

    uwaaa!!! kata tak marah! kenapa marah kat sini?? waaa! tak aci!!! mana boleh citer masalah suami isteri kat orang lain??? :( :(

  • rasso said:  

    huhuhu...
    cik carneyz... reminder jer tu... jangan lah marah lak... hehehe

  • Carneyz said:  

    tak pe aa.. penat2 pun turun 2kg. hahaha!

  • Azhar Ahmad said:  

    Ustaz saya cakap, bila kita tengah buat sesuatu, kita ditimpa musibah. Sakit dsb. Itu tandanya badan perlu rehat. Ada masa rehatlah. Peringatan tu...

  • Anonymous said:  

    tak aper kira berbaloi ler tuh.... aku nih hah tak pernah berkesempatan nak organize aper2 pun :(

  • uMIe MieSYa said:  

    Iks!! dah nama pun suami, sedikit sebanyak mesti la marah kan? tgk isteri tercenta penat2... hehehe...

    Marah kerana sayang iye dak jun???

  • Acaii Jawe said:  

    ish, komited betul isteri terchenta ko kat keje jun,hihii..:) emm, aku penah rase penat camtu, keje tambahan tanpa ada gaji tambahan..cuma penat je bertambah,heheee..tapi kalau teruk cam org umah ko, mau taknye aku pun brenti gak,muahahaaa