Deadly Potter!

Sunday, July 22 Leave a Comment

Minggu sebelumnya carneyz ajak aku pegi tengok cerita "Order of Pheonix" pada opening day. Aku yang inesen bab cerita magic-magic ni pegi jer la.

Then semalam, pegi pulak amik buku "Deadly Hallows" kat MPH. Dia pre-order & pre-bayar siap-siap. Dah siap amik, then pegi jenjalan. Sekali kedai Carefour jual dengan harga RM69! MPH jual RM99. Jauh beza tuh!

Tak mengapa lah. Yang penting dah dapat. Kat Carrefour tu pun dah sold-out pun.

Dalam paper hari ni sebok cerita yang MPH tak nak jual semua 53000 buku "Deadly Hallows" kat kastemer. Ni sumer gara-gara Carrefour, Tesco jual dengan harga RM69!

Patut la time masuk kat MPH buku "Deadly Hallows" macam tak der jer. Diaorang kasik untuk yang dah pre-order jer.. apa punya bisnes daaa..

So sekarang ni wife terchenta sebok ngan Deadly Hallows nya itu. Tebal gak buku tuh. ader la dalam 3 inci kot. Kalo aku.. tak larat nak baca panjang-panjang cenggitu. hehe

3 comments »

  • topek said:  

    3 inci?? tebal tu... klu topek la... ish3.. x rajin den nak bca nye.. keke....

  • rasso said:  

    ako tak ambik lagi.. sat lagi gi ambik buku tu kat MPH... semalam gi Nilai...

    siang tadi sambung semula kerja di Persada Johor tu...

    balik2 dah basah kuyup dengan motor yang pancit....

    tak sabar nak baca buku tu... alahai...

    tapi spoiler dia dah melambak... siap ako dah donlot lagi.. cis

  • Carneyz said:  

    Dah abis baca! yeaaayyyy! Sonoks, sonoks... :)