Status Perpindahan Msjbox ke Hosting baru

Wednesday, June 20 Leave a Comment

Buat Pengguna Msjbox yang dihormati sekalian,

Korang semua ingat tak lagi kenapa aku kenakan Yuran Tahunan? Ini sebab aku nak beli hosting baru untuk menggantikan hosting yang sekarang ini yang aku rasa dah tidak begitu "reliable".

Hosting baru aku memang dah beli bulan lepas. Korang boleh check sendiri kat "www.Msjbox.net". Dan kat situ lah Msjbox.com akan berpindah sedikit masa lagi. Tarikh sebenar belum dapat dipastikan lagi.

Sebab utama Msjbox.com tak pindah-pindah lagi ialah disebabkan proses aku nak transfer mesej-mesej dan setting akaun Msjbox ke hosting baru tu agak komplikated dari yang aku sangka.

Hosting yang baru itu memang secure, tapi disebabkan tahap secure diaorang tu yang agak ketat, maka diaorang tak benarkan aku access database secara remote. Just boleh gunakan web base jer. (Ni bebudak teknikal tau la problem ni).

Dan malam tadik aku baru dapat satu cara jer nak transfer mesej-mesej dan setting akaun ke hosting baru tu. Iaitu dengan "Self-Migration" atau dengan kata lain, setiap dari korang kena transfer sendiri "mesej-mesej" dari hosting lama ke hosting baru.

Korang jangan la risau, aku akan cuba buat proses perpindahan ini lancar dan memuaskan sebab aku sendiri yang akan buat program dan test kod yang akan digunakan. Proses sebenar akan diberitahu setelah aku selesai buat program dan testing segalanya.

Dalam pada masa sementara waktu ini, aku harap korang bersabar sikit yer sebab nak buat program ini akan memakan masa sedikit.

Dan disini aku nak mintak maaf sebab gangguan demi gangguan kat hosting yang sekarang ini sebab server hosting tu sewa kat orang jer kan. Hosting baru pun sewa jugak tapi aku harap akan lebih baik dari yang sekarang. Ada plan nak beli server sendiri untuk host Msjbox tapi hasil yuran masih belum mampu untuk cover kos beli server sendirik.

Btw, Msjbox ini terus hidup sebab korang terus memberi sokongan terhadap Msjbox walaupun Msjbox dah kenakan yuran dari bulan April yang lepas.

Terima kasih.

6 comments »

  • Acaii Jawe said:  

    chaiyok2 jun..self-migrate tu salah satu solution tapi kena terangkan betul2kat diaorg2 nilah..assume yg diaorg sume buta itlah..baru faham..emm aku rase ko bleh wujudkan newslater sempoila jun..jenis yg ringan je..

    ko amik je mail sume yg suscribe msjbox dari database,hehehe..apa2 pengumuman penting selain taruk kat msjbox homepage tu ko bleh mail diaorg sume..step2 tu sume ko bleh je aja kat situ..

  • Anonymous said:  

    adehhhhh boring nya msjbox ada prob tul nak view dr server opis ako lately nih..... :(

  • uMIe MieSYa said:  

    jun.. rasanya hari nie pun server cam down lagik je.. btol tak?? tak kisah la.. pepon, hope perpindahan msjbox ke hosting baru akan berjalan dgn lancarnya.. ameen

  • Aiden Reez said:  

    Jun..

    Ko buat ler perlahan lahan.. Aku rasa yang lelain tu bleh tunggu.. Kalau terburu buru sangat, nanti kang ade problem lak, susah lak kita semua..

    :)

    Macam yang Acai cakap, ko buatlah mane yang patut... Tok sah katalah, memang confirm ramai yang buta IT kat sini... Benda2 teknikal kene explain betul kat diaorang...

    Insya Allah Jun.. Aku tak fikir Msjbox akan berkubur UNLESS kau dan kengkawan yang lain nak stop semua nilah... But I don't think so.. Sama2 lah kita semua majukan Msjbox ni... Kau beruntung kerna ada kawan2 seperti Shai, Sodep, Retna, Faizzah dan lain2 yang sentiasa bersemangat sepanjang masa... Yang naik berat badan pung ade.. Heheheee...

    Dan yang paling penting, kau ade sokongan padu dari isteri kau.. Just remember them who support you from behind!

    Take care!

  • junaidix said:  

    fysal, retna, umie, reez:
    tq for your support :D aku tengah berusaha la nih :)

  • Shaira Nadiah MJ said:  

    Oh like that. Its ok, I understand. Walau pape pun, I'll support behind you. At least I can learn something from the system. Talk about database, I got the problem with the project I'm doing it, aih....

    Good luck Jun! :)