,

Jemputan Makan

Sunday, June 10 Leave a Comment



Kat rumah Retna sempena besday dia pada minggu depan. Sungguh bersemangat waja sekali nak buat makan-makan untuk kenkawan! terima kaseh sebab jemput kitaorang. Tapi.. sori la sebab aku ngan carneyz adalah tetamu yang paling last sekali sampai ;p hehe..

Album gambar Penuh di sini.

Disamping tu jugak, sempat la jugak decide nak pakai baju kaler oren itu sebagai baju rasmi untuk pegi treasure hunt minnggu depan :)

Tapi, lepas jer habis makan-makan kat rumah retna, konon-konon pegi JJ wangsamaju nak beli baju spesis yang sama .. tapi sungguh hampes sekali.. baju model itu tak der!! huhu..

Maka dengan ini, terpaksa lah beli baju lain yang kaler oren jugak walaupun model yang tak samer. Tapi aku akan beli kat kedai tempat jahit logo Msjbox tu jer la. Senang.

Disamping tu jugak, sempat la jugak la pilih nama-nama untuk setiap Team Msjbox yang join treasure hunt nanti. Dan ini adalah nama-nama yang telah kitaorang tetapkan :p

1) Team Msjbox A : "Kaler Magic"
2) Team Msjbox B : "Kaler Ayer"
3) Team Msjbox C : "Kaler Pensel"
4) Team Msjbox D : "Kaler Krayon"

haha.. semua nama-nama team tersebut adalah begitu riang-ria sekali! ;p

0 comments »