,

Sneak Peek

Friday, August 11 Leave a Comment

akhirnya.. setelah bertungkus-lumus dalam proses pembelajaran PHP, aku dah nak setelkan mini projek "aggregator" aku tu untuk publish kat website Msjbox.

aku akan publish dalam masa terdekat kalau aku sendiri dah berpuas hati dengan prestasi program "aggregator" yang aku dah buat itu. so nanti korang jangan la terkezut kalo tengok list yang semacam itu keluar kat muka depan Msjbox.

so senang untuk aku.. dan aku percaya senang untuk semua geng-geng Msjbox untuk lihat perkembangan terkini berkenaan latest posting kat blog memasing.

setakat ini "aggregator" hanya support untuk Blogspot dan Blogdrive sahaja! blog jenis-jenis lain seperti wordpress, blogsome dan yang sewaktu dengannya.. korang kena tunggu untuk aku buat extensionnyer ;)

dalam proses aku nak membuat "aggregator", banyak benda yang aku belajar pasal php, xml, atom, rss, magpie dan cron. semua aku wat kecik2 then scale kasi besar. yang jadi mangsa: mypapit! dia lah kaunter pertanyaan kalo aku ada problem ngan cronjob itu. :P terima kasih banyak.. hehe..

dari sini aku dapat perbezaan yang sungguh ketara dari segi programming dalam PHP dan ColdFusion: fleksibiliti! walau apa pun, PHP akan aku terus guna sebab murah. ColdFusion lak aku akan guna untuk buat systematic web application.

so, korang semua tengok jer la kat muka depan Msjbox dalam masa beberapa hari lagi.. insyallah aku akan publish program "aggregator" itu ;)

3 comments »

  • junaidix said:  

    mfazari,
    sabar.. sabar.. :D aku tunggu aggregator tu stable :D kalo dah orait dier nyer operation, maka aku akan publish! hooray!

    carneyz,
    tq.. tq.. ;)