,

Kursus: Latihan Asas Perniagaan (LAP)

Saturday, August 22 Leave a Comment

Sepanjang minggu lepas, 15-19 Ogos, aku telah ikut kursus ni. Bayaran RM100 sahaja merangkumi bilik hotel, nota & makan semua. Kursus ni anjuran INSKEN, MITI. Diuruskan oleh MEDEC (UiTM).

Bagus kursus ni. Almaklum lah, aku ni nak ada bisnes tapi tak tau kat mana nak start, macam mana, sumber kewangan, planning dan sebagainya.

Selepas aku ikut kursus ni, baru terbuka minda macam mana nak buat pengiraan untuk kita buat keputusan, sama ada plan bisness yang nak dibuat tu boleh buat ke tak.

Slot yang aku rasa mencabar ialah slot pertama "Unfreezing" oleh Prof Baharudin, kawan baru saya. Anda dikehendaki mencari orang yang lansung anda tidak kenali. Tak boleh orang yang duduk kat sebelah. Dah dapat, kena buat interview serba sedikit berkenaan beliau. Tulis atas kertas mahjong. Lukis muka, saiz passport! Kemudian buat presentation "Kawan Baru Saya"

Kecut perut gak wei.. Aku main redah jer lah. Aku nampak sorang abang tu, kira pangkat pakcik. Aku terus jer lah bertegur sapa. Memang kekok seh! Siap semua interview, tang melukis memang fail! tak macam muka dia lansung! *aku lupa nak ambik gambar lukisan aku tuh!* Kalau korang tengok, konpem korang boleh gelak golek-golek atas lantai!


Sesi presentation "Kawan Baru Saya"

Hari-hari seterusnya, dah jadi macam biasa. Nama pun dah kursus, duduk dengar sahaja lah. Dari idea perniagaan, ke rancangan pemasaran, rancangan organisasi, rancangan operasi dan rancangan kewangan.



Jadi "Optimus Prime" sebab dengan tak semena-mena ada sorang peserta kursus tu demam! Bawak la check kat hospital, Alhamdulillah, bukan H1N1. Kalau tak, konpem semua peserta kena kuarantin kat hotel!

Hari terakhir kursus, peserta di pecahkan dalam kumpulan untuk membuat rancangan perniagaan dan seterusnya buat presentation. *pun tak ada gambar jugak*

Kumpulan 3 (termasuk aku lah ni) buat plan untuk bisnes khidmat mencuci rumah. Orang zaman sekarang sebok kerja, penat, so nak cuci rumah, panggil jer kompeni kitaorang. Nama company "Bling Bling Shine". Semua pakat gelak bila dengar jer nama tu. Tapi bagus, sebab semua orang senang nak ingat!

Untuk korang yang nak ikut jugak kursus ni, sila lah berhubung dengan MEDEC (UiTM) untuk keterangan sesi kursus seterusnya.

Satu lagi, Kursus Latihan Asas Perniagaan ni juga adalah pra-syarat untuk mendapatkan pinjaman dari SME Corp (sebelum ni SMIDEC), atau SME Bank. Dapat ke tak tu bergantung dengan kekuatan Rancangan Perniagaan (RP) yang telah dibuat.

0 comments »