Trip ke Melaka - Part 1
Jauh perjalanan telah menyebabkan aku merasa bersalah untuk event Msjbox kali ini. Ibarat macam lampu trafik light kat bawah ni.
Erm.. nak kensel terus? Nak proceed?
Aku memang betul-betul berasa bersalah kat semua especially Nad, Kak Moralle & Family, Blushwax + family & Sodep juge. Dan juga, aku berasa simpati atas kejadian Bibie di airport KK. Laptop hilang.
Apapun, trip ke Melaka harus diteruskan sebab semua hotel arrangement telah diusaha bersungguh-sungguh oleh Nad. Namun, kita hanya mampu merancang. Hotel WaterCity yang kononnya begitu indah..
Gambar promo di website Watercity Melaka
Dan.. reality setelah Kak Moralle, Nad & blushwax check-in di resort tersebut..
kosong.. kolam berlumut.. ngerinyer..
setelah Nad "berperang" dengan personnel yang uruskan tempahan, Alhamdulillah, kesemua deposit RM1K dipulangkan dalam bentuk cek. (Sodep tengah uruskan cek, dlm 2-3 hari baru dpt cash)
Operasi mencari penginapan alternatif dimulakan. Akhirnya telah dapat bilik di Mahkota Hotel. Memang betul-betul di tengah bandar Melaka. Sebelah Mahkota Parade.
Aku sampai ke bandar Melaka dalam 1.45pm. Mini Gathering, tentatif asal 2pm di Kota Melaka (A-Famosa, kat dataran pahlawan). Namun, kesemua tidak menjadi. Yang lain-lain masih di serata alam. Ada yang baru balik dari berendam kat gunung, ada yang buat kejutan (Lin, Shai, Kasawari) then terkejut tak ada bilik kosong. Merata carik hotel. Termasuk la CheMat, sedikit ketinggalan untuk memberi kejutan, pun terkejut jugak.
Last-last, memang konpem gathering tak menjadi. So kitaorang pun pegi la makan di Nandos sambil semua dengan aktiviti lasak masing-masing.
tetiba lak si Rosli belanja makan. Terima kaseh. murah rezeki.
selepas makan, kitaorang pun pun memulakan aktiviti berjalan-jalan kat dataran pahlawan. since semua dah naik kat kota atas bukit tu, then semua dok sepakat naik beca. RM20 untuk 30minit. Hentam sajalah.
first time naik beca.
peace! hehe.
kami semua bergerak naik beca sampai ke rumah merah, then pit stop di kapal besar. Naik kapal pulak. RM3 per entry. jom..
pintu masuk kat belah belakang
tinggi dan besar kapal ni. kat dalam ada 3 tingkat.
kena bukak selipar/kasut untuk masuk kat dalam kapal nih. oo.. zaman dulu-dulu memang kena wat macam tu ek? :P
model orang jual rempah ratus
setem pun ada.
hang tuah.
Hang Junaidix. hehe
"pirate" moden. cubaan untuk mengangkat peti harta. hehe
dah penat rasanya naik kapal, then kitaorang semua jalan kaki balik ke bilik hotel masing-masing. nak mandi-mandi. rilek-rilek dulu.
signboard pun klasik.
satu perkara tentang bilik kitaorang..
dilarang memasak!
huhu biar betul bilik tu... ada dapur tapi tak leh masak... ekekeke...
macam2 ek... huhu