,

inovasi masakan terbaru

Friday, November 21 Leave a Comment

walaupun pahit untuk ditelan disebabkan nasi yang dimasak sudah hangus [ cerita kat sini ] beberapa hari yang lalu, tapi itu tidak mematahkan semangat untuk terus berjuang!

untuk cubaan yang seterusnya, aku telah membuat beberapa perubahan seiring dengan kemajuan teknologi masa kini, tapi sebelum itu perkakasan hendaklah bersih.


pastikan mangkuk berada dalam keadaan yang bersih lagi suci dan murni.

dan kemudian, masukkan segala macam bahan-bahan yang diperlukan dengan secepat mungkin untuk mengekalkan rasa dan aroma yang enak


tadaaaa..! dah pun siap makanan aku untuk malam ini.

p/s: anda juga boleh mencuba resepi ini di pasar malam yang berdekatan

6 comments »

  • Am said:  

    Yang ini konfem tak hangus hehehe

  • (¯`v´¯)♥nrina♥(¯`v´¯) said:  

    hahaha..dah agak dah beli kat pasau malam hahaha...

  • enchek CAMERA™ said:  

    alahai sian nye
    masak nasi pn hangus

  • Anonymous said:  

    Kesiannya suamiku...

  • cepotet said:  

    ahahahaha. bagus.. bagus.. beli je sonang.

  • nuu_OL said:  

    hehehe baru nak try mintak resepi :))