TMNet.. Ngerinya..

Thursday, June 19 Leave a Comment

Dengan tak semena-mena, mendapat panggilan telefon yang sungguh misteri

"Hello, May I speak to Mr Junaidi please.."

"Hello, Junaidi here.."

"Yes, Mr Junaidi.. I would like to ask you when you going to pay RM369?"

"RM369? What is that for?"

"It's your bill sir"

"My bill? What kind of bill?"

"I'm sorry sir. You need to ask that to TM. I'm just calling from Legal Department to make sure you pay such amount before 25th or else we will take legal action againt you."

"Ok then, I will ask TM."


2 Hari selepas kejadian. Terus bergegas ke TM Point.

"Ya encik, boleh saya bantu?" Tanya pegawai di kaunter.

"Saya nak check berkenaan bill yang saya disuruh bayar RM369"

"Apa nombor rumah telefon encik?"

"Tak ingat sebab saya dah transfer line telefon rumah 2 tahun yang lepas dan sampai sekarang tak dapat-dapat lagi"


Mendengar jawapan itu, pegawai tersebut diam sebentar dan..

"Nombor IC encik?"

"XXX..XXX..XX"

"Encik Junaidi?" tanya pegawai tersebut lagi

"Ya betul" jawabku ringkas.

"Encik ada bawak bill ke yang menyatakan di suruh bayar tersebut?"

"Selepas saya transfer line telefon ke alamat rumah baru, tak pernah dapat bill kecuali bil telefon sahaja. Tapi bil tersebut hanya RM2 sahaja."

"Ok, kalau macam tu, encik pergi ke kaunter khidmat pelanggan" sambil pegawai tersebut menghulurkan no giliran.

Sambil menunggu no giliran 4605 terus ke pc untuk layan internet sebentar, sekarang baru 4601.

"4605 Kaunter 1"

Aku terus berhenti, dan menuju ke kaunter 1 selepas menunggu selama 20minit.

"Boleh saya bantu masalah encik?" Kata jurukaunter.

"Saya dapat panggilan dari pegawai TM menyruh saya membeyar RM369 sebelum 25 hari bulan. Jadi saya hendak tahu, sebab apa saya perlu membayar jumlah tersebut"

"No telefon rumah?"

"Tak ingat" jawabku ringkas.

"No IC" tanya juru kaunter lagi

"XXX..XX..XXX"

"Encik Junaidi?" katanya lagi

"Ya"

"Sebentar.." ujarnya pendek sambil tangan dia menekan-nekan keyboard.

5 Minit kemudian.

"Akaun encik tertunggak RM400 di alamat Keramat.." kata jurukaunter

"Keramat? Kalau di Keramat, semua bill tersebut sudah clear. Kalau tak clear lagi macam mana saya boleh masuk line telefon rumah semula di Ukay Perdana?" jawabku panjang

"Sekejap.. biar saya periksa rekod pembayaran encik" ujarnya selepas terdiam sebentar tapi dia pun meneruskan menekan-nekan lagi keyboard tersebut.

"Ok.."

5 Minit kemudian.

"Oooh.. encik tertunggak bil Streamyx" ujarnya dengan nada sinis

"Mana boleh saya di caj atas servis yang saya tidak guna 2 tahun lepas. Baik awak periksa semula, sejak bila caj tersebut dikenakan sebab saya dah transfer kedua-dua line telefon & Streamyx serentak pada hari yang sama 2 tahun lepas" jawab aku dengan nada tak puas hati

"Tapi encik, bill streamyx memang akan terus di caj walaupun encik tak guna. Encik kena terinate streamyx dulu jika line telefon tak dapat lagi." ujarnya lagi sambil menunjuk semua bil-bil streamyx yang dia cetak untuk meneyakinkan aku yang aku bersalah tak terminate dulu servis streamyx tersebut.

"Baik awak periksa semula sebab saya dah transfer kedua-dua line telefon dan servis streamyx serentak. Dan sekarang line telefon rumah masih tak dapat lagi sampai la sekarang. Dah masuk 2 tahun. Saya tak nak bayar bil ni sebab saya tak guna streamyx."

"Bil ni dari Nov 2006, Dis 2006, Jan 2007, Feb 2007.. sampai Ogos 2007. Kebiasaan nya kita akan terminate akaun streamyx jika customer tak bayar bil streamyx selama setahun" kata jurukaunter lagi

"Tak boleh macam tu.. streamyx saya dah transfer 2 tahun lepas dan bill masih dikeluarkan." kataku lagi dengan nada agak geram

Juru kaunter tersebut terus menekan-nekan keyboard lagi. dan kemudian dia berkata

"Oooh.. Nov 2006 sudahterminate streamyx" ujarnya nada perlahan macam dengar tak dengar.

Juru kaunter tersebut pun pergi ke mesin pencetak, dan kemudian membawa kesemua bil-bil tersebut masuk ke bilik.

"Masuk bilik tanya pengurus agaknya.." kata aku dalam hati.

Selang beberapa minit kemudian jurukaunter tersebut muncul dan berkata

"Encik jangan risau, kita akan buat bill adjustment" kata jurukaunter tersebut sambil menghulurkan satu borang aduan untuk di isi.

"Fuh.. leganya.." kata aku dalam hati sambil mengisi borang aduan tersebut.

Selesai aku mengisi borang tersebut, juru kaunter tersebut memberi satu salinan tersebut pada aku untuk rekod. Aku pun keluar dari TM Point dengan rasa lega.

Satu perkara yang aku sering tak puas hari setiap kali berurusan dengan pihak mereka ini, mereka ini macam sering menyalahkan customer walaupun belum habis periksa situasi sebenar.

p/s: amacam Kak Norz, dah boleh wat novel ni kan? muahehehehe..

5 comments »

  • Unknown said:  

    nasib baik ko seorg yg tegas xmacam aku..

  • junaidix said:  

    chot,
    tahap cipan nyer aku geram tu.. memang tak patut tul lar.. huhu..

  • Jun said:  

    wahaha..JUN..lom boleh wat novel..cerpen boleh...tajuk dia Sehari Di TM....mcm zaman skolah dulu, hehehehe.

  • junaidix said:  

    k.jun,
    oo.. belum boleh wat novel eh? boleh la.. boleh la.. hehe

  • Ted said:  

    besela tu, yang tahan kene menunggu tu, then org ni tanya yang ni, org ni tanya yang ni..bro okla tu jenis cool.

    saya memang jenis ego nak mati, kalau berlembut ok la. kalau sinis nak mati tu, aku lempar je duit kat muka dia.