Minggu yang berserabut

Monday, April 7 Leave a Comment

Jumaat, plan memang nak balik lambat sikit dalam lingkungan pukul 6pm. Tapi telah bertukar menjadi kul 8pm gara-gara program yang dah siap di packing tak bley nak di install kat ibm websphere!! aduh..

kesian kat isteri terchenta sebab terpaksa menunggu lebih lama sehingga dia terjumpa dengan anak kucen yang gelap lagik hitam. dalam masa aku balik tu, problem tak setel lagik sebab nak cepat-cepat amik orang yang dah menunggu lama itu..

sabtu, tengah hari aku pergi semula ke kelana jaya untuk setelkan problem tu selepas menghantar anak kucen hitam tu ke SPCA.. tapi, tak sampai 10minit, kucen tu di ambik semula sebab isteri terchenta dah sebak sebab tinggalkan kucen itu untuk menanti hari kematian kalau tak der orang nak adopt kucen tu.. (hampes nyer SPCA!)

dari tengah hari jugak la stay sampai malam. memang teruk la kali ni.. dah akhirnya dapat disetelkan jugak selepas mengalami sakit kepala tahap cipan untuk carik solution.. still terasa sikit2 lagik side efek nyer ini..

0 comments »