Kurang sihat

Wednesday, November 28 Leave a Comment

Sejak dari hari sabtu lepas lagi aku rasa badan macam lenguh2 dah sakit. Tapi bley lagi nak pegi temankan carneyz & kakaknya berjalan-jalan.

Plan nak pegi ke kenduri rumah Retna tak dapat direalisasikan sebab pepagi lagi dah keluar amik kakak carneyz nih kat hotel dan terus menuju ke klcc untuk nak naik sky-bridge tuh. Setel, pegi Ikea. Then 1Utama.

Ahad duduk rumah jer.. tak banyak perkara berlaku kecuali kitaorang pegi semula ke tempat show house untuk berjumpa loan officer. nak tanyer pasal loan rumah nih..

Isnin, perasaan tak sihat macam menjadi-jadi. Panas tapi sejuk! Memula ingatkan nak MC jer, tapi lepas mandi sumer terasa cam sihat lak. so pegi la keja. Selasa pun samer gak.

Hari ni pun masih lagi kurang sihat. Bila lah nak sihat nih...

0 comments »