RM195

Monday, May 22 Leave a Comment

aku rasa, ni merupakan kali ke-3 major money dumping kat motor aku tu. kali pertama dan kali ke dua berlaku dalam tahun-tahun lepas. so ni untuk tahun 2006.

ekceli sabtu aritu lagi motor aku menunjukkan simtom-simtom untuk kena penyakit tali minyak melekat kalo dah press! terus mengaum ibarat harimau lapar kat tetengah jalan nu..

so ahad bleh pakai lagi. ntah tetiber dah malam tu, terus lekat. dan tali minyak itu tak nak memberikan perkhidmatan yang diharapkan.

maka, pagi tadi aku pegi keja dengan tali minyak motor yg melekat itu. start jer terus jalan!

yang paling hampes biler sampai kat traffic light. enjin terus jerit sekuat-kuatnya dengan mengeluarkan asap-asap yang mengganggu ketenteraman awam! sumer orang dok tengok motor aku jer :P manyak asap ooo...

sampai jer kat bangsar, aku pun singgah la kat bengkel motor yg aku penah buat dulu. maka operasi dengan modus operandi pun dimulakan.

memula aku ingat nak tukar tali minyak jer.. pas tu, alang-alang servis.. so aku pun bagitau la nak tukar rantai ngan spoket. then betulkan brek depan yg jem itu. then full services enjin. then tukar minyak itam. tapi aku tak leh tunggu sebab ader meeting.

lepas meeting, aku g balik kat bengkel tu. then tanyer naper motor aku mcm berbunyi piston. so dier try start and press minyak. pas tu dier kasi tau ekzos sumbat! maka.. cuci ekzos. then tukar spark plug! byk tak?

so itu lah kisah motor burukku yg sebelum ini biler panjat bukit ukay perdana dalam kadar 30Km/jam itu. tapi petang tadi, motor aku leh panjat bukit ukay perdana dengan kelajuan 60Km/jam! waaah! laju gak! kagum kejap :P

so motor aku dah kembali sihat and dah boleh cecah 100Km/jam berbanding 60Km/jam sebelumnyer.. ;)

p/s: diskaun RM3!

2 comments »

  • Anonymous said:  

    seronok aku baca tentang moto ko ni. nice blog.

  • ikhwan mukmin said:  

    Berapa ringgit tukar tali minyak ?